Dec 032012
 

Bismillahirrahmanirrahim…

Diantara nikmat Allah yang besar kepada manusia adalah diberikanyakaki dan tangan, maka sangat besarlah manfaat kegunaanya. Di hujung tangan itu ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaanya.

Tahukah anda jari-jemari tangan kita kiri dan kanan masing-masing terdiri dari 5 sehingga semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas ( kecuali ibu jari = 3 ruas ) sehingga jumlah keseluruhannya 38 ruas.
Tahukah anda, jumlah jari jemari anda mengandung keajaiban angka 19 ?
(catatan: dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan).
Silakan anda hitung sendiri maka akan anda dapati:

Jari kelingking ==> ada empat ruas
Jari manis ==> ada empat ruas
Jari tengah ==> ada empat ruas
Jari telunjuk ==> ada empat ruas
Jari jempol (ibu jari) ==> ada tiga ruas
———————– +
( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 ) Jumlah = 19 ruas

Bilangan dan angka 19 itu sendiri begitu unik serta telah merungkaikan satu kod matematik yang terdapt dalam Al_Quran  hasil kajian seorang Sarjana Pertanian Mesir bernama RASHAD KHALIFA.

Jika dilihat di atas telapak tangan kita,didapati garis-garis yang sama pada setiap manusia ( lihat gambar ) didalam angka arab dan ia bermaksud 18 dan 81.

Sekiranya angka tersebut dijumlahkan, 18 + 81 = 99 adalah jumlah nama/sifat Allah ASMAUL HUSNA yang terdapat didalam Al-Quran!. Apabila angka tersebut digabungkan maka akan membentuk turutan nombor berikut iaitu 1881.

Angka ini boleh didapati dari pendaraban 19 x 99 = 1881. dan angka 19 pula disebut didalam Al-Quran, firman Allah yang maksudnya :     “diatasnya ada sembilan belas“. ( Surah Al- Muddatstsir : 30 ) Sungguh menabjubkan !

Manakala apabila diterbalikan tangan kanan anda dan dirapatkan, maka akan mendapati bentuk  jari tangan itu boleh dibaca sebagai  kalimah ALLAH.

Jadi marilah kita berkongi sedikit ilmu yang berguna ini. Jika anda rasa artikal ini sangat berguna apalah salah kiranya kita sama-sama berkongsi kepada sesiapa sahaja.

Ikhlas,

Mohd Soffi Salehudin

CiNOScaraku.com

 

 

 

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD