Sep 132011
 

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya melepasi angka yang aku idamkan dan bukannya untuk sebulan tetapi untuk sehari. Bayangkan kalau sehari korang dah dapat  USD $ 2000.91 hanya dengan google adsense sahaja. Mesti korang terlompat-lompatkan. Bagaimana pula kalau USD to convertkan kepada Ringgit Malaysia ( RM )?

USD $ 2000.19 convertkan kepada Ringgit Malaysia RM 6045.47. Wow! Banyakkan. Rilerk, tu baru sehari. Kalau sebulan dah berapa ?. Tak ke kaya korang dibuatnya. Nak tak aku ajar korang macam mane nak buat ? Tapi korang kena jujur dengan diri sendiri ok.

Tetapi sebelum itu trik ini hanya untuk para blogger yang ada akaun Google Adsense sahaja. Yang belum ada korang boleh daftar dulu ye :) . Ingat buat satu persatu. Kalau tak korang tak akan dapat trik yang aku ajarkan.

Baiklah, apa yang perlu korang buat ialah, firstly klik mana-mana iklan di blog aku ini. Apa yang penting korang mesti jujur.

Ini part yang penting sekali. Korang kena submit berapa korang nak target untuk sehari. Klik DISINI.

Dan yang terakhir sekali korang masukkan Password :12345

 

Dec 262010
 

Betul ker dengan log in Facebook ( FB ) dapat duit ? Aku rasa benda yang macam nie dah lama dah. Berlambak dekat FB gambar-gambar Geng2 log in FB dapat duit. Dulu aku pernah juga kena ” tag ” banyak kali dengan diaorang nie. Asal gambar orang pegang duit banyak-banyak dan berkepuk-kepuk mesti diaorang  ” tag ” nama-nama yang ramai. Termasuklah nama aku yang tak terkecuali kena tempias.

Rasanya program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni nama sebenarnya adalah iRich696 atau pun Infinity Downline. Jika tak silap sayalah Ustaz Zaharuddin pernah mengulas dan memberi penjelasan di blognya tentang ( Status Hukum Skim Infinity Downline @Login Facebook Dapat RM 100 ) nie. Katanya Infinity Downline a.k.a program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ini adalah haram dan ada unsur penipuan & syubhah…Sistem perniagaan & bisnes mereka diragui & bersifatkan money game. Bermakna, produk pun entah ke mana, tapi cakap lebih pasal sistem diorang je yg boleh buat duit ni.

Mungkin program buat duit dengan log in FB nie dah tak lagi relevan pasal ramai dah bijak dan pandai menilai sekarang.

Mereka juga sudah pandai menolak perlawaan Geng2 login FB dapat duit nie, sebab mereka dah naik menyampah dan naik angin setiap kali gambar orang pegang duit banyak-banyak setiap kali itulah nama mereka di ” tag “.

Betul ker yang duit yang dipegang itu duit diaorang sendiri atau pun hanya gimik dari duit gaji jer..hehe :). Tak pun pinjam dulu duit orang lain. Saja posing dengan duit yang banyak. Lepas tu ” tag ” nama rakan-rakan di FB untuk menarik perhatian.

Hanya yang bijak pandai sahaja dapat menilai dengan akal & fikiran program login FB dapat duit nie halal atau haram. Apa-apa pun hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenaranya. Terserah pada individu seseorang. Lain orang lain cara.:) Betul tak ?

Kalau nak tahu ramai juga yang dah menbenci program login FB dapat duit nie. Jom tengok dekat Facebook fanpage yang  ” band ” benda-benda macam nie .Korang boleh tengok kat sini >MASUK<.

Apa yang penting sekarang korang mesti berhati-hati setiap masa supaya tak tertipu dengan benda-benda yang tak relevan lagi macam nie. Kita perlu mengigatkan sesama insan yang lemah dah mudah alpa bila nampak kemewahan yang orang lain kecapi. Kita juga mudah terikut-ikut sesuatu itu tanpa perlu menyelidik dan membuat research terlebih dahulu.

Rezeki itu datang dariNYA. Kita hanya perlu berusaha lebih kearah kejayaan. Bukan dengan program yang mengarut macam nie.

Apa-apa pun aku nak korang layan dulu video nie…

Sabda Rasulullah S.A.W. ” Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.” (Riwahu At-Tarmizi)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD