Skodeng

Dec 042012
 

Cetakan Kali ke – 3. Membeli Sambil Menderma.

PROJEK BAJU AMAL PALESTIN | GAZA

Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.

Sementara Stok Masih Ada.

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 03 Disember 2012 – 8 Disember 2012
Tarikh Hantar : 12 Disember 2012

Cara tempahan :

Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline

Bankin ke :

( Maybank )
MOHD SOFFI SALEHUDIN
105010-139-513

(CIMB BANK )

MOHD SOFFI SALEHUDIN
0514-0102-369-526

TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )

EMAIL : cinoscaraku@gmail.com

FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Nov 042012
 

China – Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.

Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus,

Xueming memasang generator tambahan. “Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu. “Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’ katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan . Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini.

“Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami. “Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’ katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak. Selepas kematian Qinyuan,

Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar. Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.

Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.

“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.

“Kami akan memberikan sepenuh penghormatan kepadanya pada hari berkenaan, namun buat masa ini, lebih baik dikekalkan dengan keadaan sedia ada,’’ katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.

Oct 012012
 

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah.

Bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber: MyB

Sep 122012
 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Jadi saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.

“Duit royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.

“Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini. Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.

Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.

“Keratapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.
“Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL satu jam,” katanya.

Mengulas cadangan BN Kelantan yang ingin memasukkan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam menifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, Husam berkata ianya sudah terlambat.

“BN terlambat, kita dah pikir nak buat kretapi laju dia baru nak ambik lebuh raya.

“(Cadangan lebuh raya KBKK) dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah,” katanya.

Sumber : HD

Aug 292012
 

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.


Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.
Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Aug 172012
 

Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukkan diatas katil disebuah tempat penginapan dekat Pantai Sura. Menurut Sinar Harian , perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) .

Terbongkarnya kegiatan ini adalah hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam di Dungun , Terengganu .

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Aug 162012
 

6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri

* Gambar sekadar hiasan

 

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

 

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

 

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya.

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

 

4. Terapi melepaskan tekanan

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

 

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

 

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.

Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Creadit : 2dayblogger

Aug 122012
 

TOKYO : Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.

Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.

“Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku,” katanya.

Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lal

Aug 122012
 

Bertempat di kabupaten Inhu RENGAT RIAU, apa yang dapat di perhatikan dalam VIDEO di bawah ini adalah jemaah yang melakukan Solat Sunat Tarawih yang sangat pastas. Tak sampai 1 minit untuk 2 raka’at. Adakah perkara ini benar ataupun video ini sudah diedit bagi kegunaan dan kepentingan tertentu yang ingin melihat ISLAM itu hancur?

Mari kita saksikan sendiri. Anda yang melihat,anda yang menilai.

Aug 102012
 

Percaya atau tidak itu terpulang pada pandangan masing-masing. Namun apa yang ditunjukkan disini adalah paparan untuk korang menilai sendiri kehebatan pembedahan menggunakan tangan.

Seperti kebiasaannya, seorang doktor apabila ingin melakukan pembedahan perlulah menggunakan alatan yang telah disediakan seperti pisau, gunting dan sebagainya. Apa yang berlaku ini adalah suatu yang bergitu menakjubkan. Mereka melakukan pembedahan dengan hanya menggunakan tangan.

Percaya atau tidak, tiada kesan parut yang kelihatan setelah selesai pembedahan dilakukan. Jom layan video yang superb! ini :

p/s : Di Malaysia suatu ketika dulu pernah ada seseorang mendakwa mampu membedah menggunakan tangan tanpa meninggalkan parut. Namun akhirnya perkara itu terbongkar kerana ia hanyalah permainan silap mata. Mereka menggunakan hati ayam,hempedu dan pelbagai lagi organ,kononnya itu adalah tumor atau ketumbuhan dalam perut.

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD