Semasa

Dec 052012
 

 

Official music video. Ya Latif – Hafiz Hamidun. Album Zikir Terapi Diri. Produced by Arteffects International. Distributed by Warner Music (M) Sdn. Bhd. and Arteffects Sdn. Bhd.

Tenang setenang tenangnya bila mendengar zikir terapi diri ini daripada Hafiz Hamidun. Lunak suaranya yang merdu membuatkan sesiapa yang mendengarnya terasa keinsafan didalam diri.

Hanya dengan berzikir, automatik hati kita jadi tenang. Memang benarlah, agama kita adalah agama yang benar kerana hanya agama kita sahaja yang mempunyai zikir yang mampu menenangkan hati dan jiwa kita… Subhanallah..

Dec 042012
 

Cetakan Kali ke – 3. Membeli Sambil Menderma.

PROJEK BAJU AMAL PALESTIN | GAZA

Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.

Sementara Stok Masih Ada.

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 03 Disember 2012 – 8 Disember 2012
Tarikh Hantar : 12 Disember 2012

Cara tempahan :

Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline

Bankin ke :

( Maybank )
MOHD SOFFI SALEHUDIN
105010-139-513

(CIMB BANK )

MOHD SOFFI SALEHUDIN
0514-0102-369-526

TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )

EMAIL : cinoscaraku@gmail.com

FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Nov 182012
 

Cetakan Kali ke – 2. Membeli Sambil Menderma.

PROJEK BAJU AMAL PALESTIN | GAZA

Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.

Sementara Stok Masih Ada.

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 20 November 2012 – 25 November 2012
Tarikh Hantar : 4 Disember 2012

Cara tempahan :

Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline

Bankin ke :

( Maybank )
MOHD SOFFI SALEHUDIN
105010-139-513

(CIMB BANK )

MOHD SOFFI SALEHUDIN
0514-0102-369-526

TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )

EMAIL : cinoscaraku@gmail.com

FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Nov 132012
 

Berita buruk buat peminat Real Madrid apabila pemain bolasepak terbaik dunia Cristiano Ronaldo tercedera kemarin dalam perlawanan menentang Levante.

Ronaldo telah disiku oleh David Navarro di bahagian mata sehingga matanya berdarah dan berkemungkinan hilang penglihatan di mata sebelah kanannya.

Ronaldo digantikan dengan Raul Albiol pada waktu tamatnya separuh masa pertama. Mourinho berkata ia amat sukar untuk dia bermain dengan sebelah matanya dan apabila pulang ke Madrid Ronaldo akan ke hospital untuk pemeriksaan matanya.

 

Walaubagaimanapun, Ronaldo masih bermain walaupun disiku sampai berdarah. Pada minit 1′ Ronaldo sudah disiku dan mampu bermain sehingga tamat separuh masa pertama.

Nov 042012
 

China – Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.

Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus,

Xueming memasang generator tambahan. “Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu. “Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’ katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan . Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini.

“Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami. “Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’ katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak. Selepas kematian Qinyuan,

Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar. Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.

Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.

“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.

“Kami akan memberikan sepenuh penghormatan kepadanya pada hari berkenaan, namun buat masa ini, lebih baik dikekalkan dengan keadaan sedia ada,’’ katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.

Oct 282012
 

Today aku nak story sikit, dipendekkan cerita lah, aku ada masuk contest yang di anjurkan oleh Eyriqazz . Masuk sekadar suka-suka, tetapi tak sangka aku adalah pemenangnya iaitu peneka paling hampir jumlah cek dari Nuffnang yang diterima oleh Eyriqazz .

Nak dijadikan cerita, pemenang untuk contest ini dah lama diumumkan. Tetapi entah dimana silapnya, mesej yang dihantar oleh Eyriqazz di facebook terus masuk ke archived mesej dan barulah hari ini aku dapat tahu yang aku adalah pemenangnya.

Entah macam mana tadi aku godek punya godek facebook terjumpa pula mesej yang sudah dihantar pada 17 JUN 2012 tempoh hari.

Mungkin sudah rezeki, hari ini 28 Octokber 2012 barulah aku reply mesej tersebut. Akhirnya hadiah kemenengan aku dapat juga diterima sebanya RM 24.70 iaitu 3% daripada jumlah cek Nuffnang yang diterima oleh Eyriqazz. Walaupun jumlahnya tak banyak tetapi rasa macam teruja sebab first time menang contest :)

Terima Kasih diucapkan sekali lagi kepada Eyriqazz kerana ada rezeki lagi untuk menebus hadiah untuk pemenang :)

Oct 012012
 

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah.

Bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber: MyB

Sep 122012
 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Jadi saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.

“Duit royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.

“Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini. Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.

Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.

“Keratapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.
“Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL satu jam,” katanya.

Mengulas cadangan BN Kelantan yang ingin memasukkan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam menifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, Husam berkata ianya sudah terlambat.

“BN terlambat, kita dah pikir nak buat kretapi laju dia baru nak ambik lebuh raya.

“(Cadangan lebuh raya KBKK) dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah,” katanya.

Sumber : HD

Aug 292012
 

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.


Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.
Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Aug 182012
 

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang. Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik ‘klip’frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Sumber: pc.com

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD