Macam-macam

Aug 052012
 

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok. Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Apa yang lagi menarik, ganjanran untul Lee Chong Wei bukan berakhir setakat itu sahaja, malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Untung badan. Rasanya dah boleh bersara diusia muda. Semuanya terpulang pada rezeki Datuk Lee Chong Wei.

Aug 032012
 
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:

SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT
Aug 022012
 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

p/s : AKU TERKEJUT SANGAT-SANGAT dan  bukan pura-pura terkejut. Jika benarlah cerita ini betul yang aku terima daripada email, adakah dunia hampir kiamat?

Tapi kadang- kadang tak boleh percaya sangat berita dari internet ni. Adakalanya aku penah jumpa satu gambar tapi macam-macam versi cerita dan gambar tu takde kaitan pun dengan cerita @ sengaja di ada-adakan.

Aug 022012
 

Di kawasan pedalaman Papua New Guinea terdapat satu suku bernama Sambia. Suku ini memiliki ritual kedewasaan yang unik dan melampau. Pada permulaan anak lelaki yang berumur 7 tahun akan dipisahkan dari ibunya dan di tempatkan di sebuah pondok yang semuanya adalah budak lelaki.

Setelah dipisahkan dari ibu-ibu mereka dan wanita, mereka akan mengikuti beberapa ritual yang berbahaya. Yang pertama adalah penyedutan darah dari hidung dengan cara memasukkan rumput tajam ke dalam hidung kanak -kanak itu sampai darah mengalir dengan deras.

Dan kemudian anak-anak tersebut dipukul oleh lelaki dewasa. Yang kedua adalah anak-anak tersebut diharuskan meminum air sperma dari tetua-tetua adat suku Sambia. Tujuan dari ritual ini adalah untuk menguatkan anak-anak mereka dan mempersiapkan mereka untuk hidup sebagai lelaki sejati

Aug 012012
 

Remaja ini, Liam Derbyshire akan berhenti bernafas setiap kali dia tidur. Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai sumpahan Ondine. Ini menyebabkan dia terpaksa memakai mesin sokongan hayat semasa tidur dirumahnya.

Keluarganya terpaksa membayar ribuan pound untuk membayar bil elektrik. Dia juga mempunyai alat penyedut udara berkuasa bateri yang diletakkan di dalam kereta sebagai persedian jika dia tertidur.

Aug 012012
 

Walaubagaimanapun, Allah Maha Kuasa terhadap semua benda. Dia yang menciptakan dan mematikan. Allah Maha Mengetahui.

Gambar misteri awan membentuk tangan-tangan raksasa ni terjadi yang berdasarkan sumber tidak menggunakan apa-apa teknik photography mahupun photoshop.

 

Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia. Mungkin hanyalah ilusi kreatif normal yang dapat membayangkan awan-awan sebagai dua buah tangan raksasa. Boleh jadi je kan. Semuanya adalah tanda kekuasaan maha pencipta. Dia yang lebih mengetahui segalanya.

Jul 272012
 

Membeli Sambil Menderma.
PROJEK BAJU AMAL PALESTIN.
Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.
Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 26 JULY 2012 – 2 OGOS 2012
Tarikh Terima : Selewat-lewatnya sebelum RAYA AIDILFITRI

Cara tempahan :
Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline
TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )
EMAIL : cinoscaraku@gmail.com
FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Jul 262012
 

Besar kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru bagi orang cina yang telah mati.

Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, Ia  dikenali sebagai Hell Money yang mana ianya telah ditiru rekaan menyerupai duit Malaysia.

Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar.

Tidak mustahilah rekaan duit tersebut ditiru kerana pengeluaranya telah dipaparkan secara umum lebih awal

Jul 202012
 

Lagi cerita pasal Proton Preve.. Aku pun malas dah nak tulis panjang-panjang. Biarlah gambar ini menerangkan segala-galanya dari tuan empunya kereta.

Mungkin ini akan terjadi pada sesetengah kereta. Tak semua kereta baru tu akan elok sepenuhnya. Tetapi disebabkan pepatah mengatakan, ” disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga “. Siapa nak jawb nie??

Antara komen2 mereka :

 

 

* Pendapat anda bagaimana ?

Jul 182012
 

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.


Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Kesimpulanya :
Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD