Macam-macam

Mar 212013
 
Dalam kitab Nasoihul Ibad, karangan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Saidina Umar ibnu Khattab r.a berkata ” Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada 9 keturunan”
——————————————————————
Bisikan Syaitan

 

1) Syaitan Zalitun ~ tugasnya menggoda, menghasut serta menipu-daya orang yang berada di pasar-pasar, di pusat beli belah. Zalitun akan cuba menipu daya agar manusia melakukan kejahatan dalam jual beli. Maka berlakulah penipuan, pujuk rayu serta bersumpah dalam menjual barangan. Inilah hasil tugasan Zalitun.

2) Syaitan A’wan ~ syaitan yang suka menipu daya serta memujuk rayu para pemimpin, raja-raja dan seumpamanya.

3) Syaitan Haffat ~ syaitan yang mendorong manusia agar suka meminum arak serta apa-apa yang memabukkan.

4) Syaitan Murrah ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui hiburan seperti sukakan muzik yang melampau serta mengkhayalkan.

5) Syaitan Masuth ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui kejahatan lidah seperti mencetuskan fitnah, berita bohong, berita palsu dan seumpamanya.

6) Syaitan Laqqus ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia dengan cara menggoda agar meninggalkan agama Islam. Laqqus akan menghasut manusia agar mensyirikkan Allah SWT.Laqqus akan menghasut manusia agar menganut agama Majusi, Yahudi dan sebagainya. Laqqusakan berusaha untuk menyimpangkan manusia dari jalan kebenaran.

7) Syaitan Watsin ~ syaitan yang akan mengganggu, merosakkan bayi dan anak-anak (kandungan gugur)

8) Syaitan Dasim ~ syaitan yang sungguh disayangi oleh Iblis. Dasim akan merosakkan manusia dengan cara memecah-belahkan rumahtangga. Dasim akan menggoda serta menghasut si suami agar berlaku jahat pada isteri dan akhirnya melafazkan cerai. Dasimlah yang akan menggoda serta menghasut si isteri agar derhaka kepada suami dan mencari jalan untuk minta diceraikan.

Untuk mengelak bahu kita dihuninya lalu kita panaskannya, suami atau isteri tersebut haruslah :
1) Baca bismillah,
2) Baca surah Al-Ikhlas
3) Senyum pada diri sendiri
4) Beri salam pada penghuni di dalam.

InsyaAllah, kita terpelihara dari kejahatan makhluk jahat itu. Wallahhualam…
9) Syaitan Walhan ~ syaitan yang akan mengganggu serta merosakkan manusia dengan mengacau manusia yang sedang melakukan ibadah ketika berwuduk, solat dan seumpamanya.

Ada satu lagi syaitan yang bernama Abyah. Dia akan datang kepada ahli ibadah, para wali dan para alim ulama lalu berusaha untuk menyesatkan mereka. Bermakna bila besar serban si ahli ibadah, maka besar lagilah pangkat si syaitan yang akan datang menyesatkannya.

*Petikan dari buku Kembara Hati Di Tanah Suci oleh Ustaz Ghazali Ibrahim*

Feb 212013
 

SOALAN YAHUDI TENTANG SOLAT

solat1

Seorang yahudi bertanya “Katakanlah kepada kami apakah pahala yanag akan didapati oleh orang yang solat”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi..

“Manakala Solat Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir”

Setelah itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud:

“Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah perkenankan”

sabda Rasulullah s.a.w…

“Solat Isyak (attamah). katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, maka Allah s.w.t haramkan daripadanya terkena nyalanya api neraka dan diberikan cahaya untuk menyeberangi titi sirath”

sabda Rasulullah s.a.w seterusnya…

“Solat subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40hari secara berjemaah, diberi oleh Allah s.w.t dua kebebasan iaitu”

- Dibebaskan daripada api neraka
- Dibebaskan daripada nifaq (Sifat Munafiq)

Perkongsian dari buku : Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya. Penulis : Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Dec 052012
 

 

Official music video. Ya Latif – Hafiz Hamidun. Album Zikir Terapi Diri. Produced by Arteffects International. Distributed by Warner Music (M) Sdn. Bhd. and Arteffects Sdn. Bhd.

Tenang setenang tenangnya bila mendengar zikir terapi diri ini daripada Hafiz Hamidun. Lunak suaranya yang merdu membuatkan sesiapa yang mendengarnya terasa keinsafan didalam diri.

Hanya dengan berzikir, automatik hati kita jadi tenang. Memang benarlah, agama kita adalah agama yang benar kerana hanya agama kita sahaja yang mempunyai zikir yang mampu menenangkan hati dan jiwa kita… Subhanallah..

Dec 042012
 

Cetakan Kali ke – 3. Membeli Sambil Menderma.

PROJEK BAJU AMAL PALESTIN | GAZA

Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.

Sementara Stok Masih Ada.

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 03 Disember 2012 – 8 Disember 2012
Tarikh Hantar : 12 Disember 2012

Cara tempahan :

Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline

Bankin ke :

( Maybank )
MOHD SOFFI SALEHUDIN
105010-139-513

(CIMB BANK )

MOHD SOFFI SALEHUDIN
0514-0102-369-526

TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )

EMAIL : cinoscaraku@gmail.com

FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Dec 032012
 

Bismillahirrahmanirrahim…

Diantara nikmat Allah yang besar kepada manusia adalah diberikanyakaki dan tangan, maka sangat besarlah manfaat kegunaanya. Di hujung tangan itu ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaanya.

Tahukah anda jari-jemari tangan kita kiri dan kanan masing-masing terdiri dari 5 sehingga semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas ( kecuali ibu jari = 3 ruas ) sehingga jumlah keseluruhannya 38 ruas.
Tahukah anda, jumlah jari jemari anda mengandung keajaiban angka 19 ?
(catatan: dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan).
Silakan anda hitung sendiri maka akan anda dapati:

Jari kelingking ==> ada empat ruas
Jari manis ==> ada empat ruas
Jari tengah ==> ada empat ruas
Jari telunjuk ==> ada empat ruas
Jari jempol (ibu jari) ==> ada tiga ruas
———————– +
( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 ) Jumlah = 19 ruas

Bilangan dan angka 19 itu sendiri begitu unik serta telah merungkaikan satu kod matematik yang terdapt dalam Al_Quran  hasil kajian seorang Sarjana Pertanian Mesir bernama RASHAD KHALIFA.

Jika dilihat di atas telapak tangan kita,didapati garis-garis yang sama pada setiap manusia ( lihat gambar ) didalam angka arab dan ia bermaksud 18 dan 81.

Sekiranya angka tersebut dijumlahkan, 18 + 81 = 99 adalah jumlah nama/sifat Allah ASMAUL HUSNA yang terdapat didalam Al-Quran!. Apabila angka tersebut digabungkan maka akan membentuk turutan nombor berikut iaitu 1881.

Angka ini boleh didapati dari pendaraban 19 x 99 = 1881. dan angka 19 pula disebut didalam Al-Quran, firman Allah yang maksudnya :     “diatasnya ada sembilan belas“. ( Surah Al- Muddatstsir : 30 ) Sungguh menabjubkan !

Manakala apabila diterbalikan tangan kanan anda dan dirapatkan, maka akan mendapati bentuk  jari tangan itu boleh dibaca sebagai  kalimah ALLAH.

Jadi marilah kita berkongi sedikit ilmu yang berguna ini. Jika anda rasa artikal ini sangat berguna apalah salah kiranya kita sama-sama berkongsi kepada sesiapa sahaja.

Ikhlas,

Mohd Soffi Salehudin

CiNOScaraku.com

 

 

 

Nov 182012
 

Cetakan Kali ke – 2. Membeli Sambil Menderma.

PROJEK BAJU AMAL PALESTIN | GAZA

Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.

Sementara Stok Masih Ada.

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 20 November 2012 – 25 November 2012
Tarikh Hantar : 4 Disember 2012

Cara tempahan :

Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline

Bankin ke :

( Maybank )
MOHD SOFFI SALEHUDIN
105010-139-513

(CIMB BANK )

MOHD SOFFI SALEHUDIN
0514-0102-369-526

TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )

EMAIL : cinoscaraku@gmail.com

FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Nov 132012
 

Berita buruk buat peminat Real Madrid apabila pemain bolasepak terbaik dunia Cristiano Ronaldo tercedera kemarin dalam perlawanan menentang Levante.

Ronaldo telah disiku oleh David Navarro di bahagian mata sehingga matanya berdarah dan berkemungkinan hilang penglihatan di mata sebelah kanannya.

Ronaldo digantikan dengan Raul Albiol pada waktu tamatnya separuh masa pertama. Mourinho berkata ia amat sukar untuk dia bermain dengan sebelah matanya dan apabila pulang ke Madrid Ronaldo akan ke hospital untuk pemeriksaan matanya.

 

Walaubagaimanapun, Ronaldo masih bermain walaupun disiku sampai berdarah. Pada minit 1′ Ronaldo sudah disiku dan mampu bermain sehingga tamat separuh masa pertama.

Nov 042012
 

China – Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.

Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus,

Xueming memasang generator tambahan. “Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu. “Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’ katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan . Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini.

“Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami. “Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’ katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak. Selepas kematian Qinyuan,

Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar. Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.

Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.

“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.

“Kami akan memberikan sepenuh penghormatan kepadanya pada hari berkenaan, namun buat masa ini, lebih baik dikekalkan dengan keadaan sedia ada,’’ katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.

Oct 282012
 

Today aku nak story sikit, dipendekkan cerita lah, aku ada masuk contest yang di anjurkan oleh Eyriqazz . Masuk sekadar suka-suka, tetapi tak sangka aku adalah pemenangnya iaitu peneka paling hampir jumlah cek dari Nuffnang yang diterima oleh Eyriqazz .

Nak dijadikan cerita, pemenang untuk contest ini dah lama diumumkan. Tetapi entah dimana silapnya, mesej yang dihantar oleh Eyriqazz di facebook terus masuk ke archived mesej dan barulah hari ini aku dapat tahu yang aku adalah pemenangnya.

Entah macam mana tadi aku godek punya godek facebook terjumpa pula mesej yang sudah dihantar pada 17 JUN 2012 tempoh hari.

Mungkin sudah rezeki, hari ini 28 Octokber 2012 barulah aku reply mesej tersebut. Akhirnya hadiah kemenengan aku dapat juga diterima sebanya RM 24.70 iaitu 3% daripada jumlah cek Nuffnang yang diterima oleh Eyriqazz. Walaupun jumlahnya tak banyak tetapi rasa macam teruja sebab first time menang contest :)

Terima Kasih diucapkan sekali lagi kepada Eyriqazz kerana ada rezeki lagi untuk menebus hadiah untuk pemenang :)

Oct 012012
 

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah.

Bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber: MyB

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD