Dec 312010
 

Kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak “berperang” dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.

Walaubagaimanapun saya akan memberitahu cara dan kaedah yang betul untuk  untuk menaip secara pantas dan betul. Sebelum itu pastikan kedudukan posture badan korang berada pada kedudukan yang betul. Sila rujuk  gambar dibawah : Dengan kedudukan yang betul korang  manpu mengelak sakit belakang. Pastikan juga korang  berada dalm keadaan rileks. Untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas tidaklah sesukar yang disangka. Ia hanya memerlukan kesabaran dan sedikit latihan yang berterusan. Ingat bahawa matlamat kita bukanlah untuk menjadi penaip yang terpantas di dunia, sebaliknya cukuplah sekadar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa perlu melihat keyboard. Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memulakan latihan menaip dengan pantas. 1. Belajar kedudukan jari yang betul pada keyboard

  • Berhenti daripada menaip dengan satu, dua, tiga atau empat jari sebaliknya gunakan kesemua jari tangan yang korang ada. Teknik ini dikenali sebagai touch typing. Panduan seperti gambar di bawah.

  • Kalau korang perasan pada huruf F dan J di keyboard ada garisan timbul kan? Itu adalah panduan untuk korang letakkan jari jemari korang pada home keys yang betul. Ibu jari hanya digunakan untuk menekan space barsahaja. Saya pula lebih suka meletakkan jari pada home keys secara separa terapung iaitu sentuh sedikit sahajakey tersebut dengan hujung jari.
  • Pada QWERTY keyboard yang biasa kita gunakan home keys ialah “asdfjkl;”
  • Fungsi home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Berlatih menaip tanpa melihat keyboard

  • Setelah tahu kedudukan home keys dan pergerakan setiap jari yang betul. Berlatih untuk menaip secara drilling tanpa melihat keyboard. Mata hanya tertumpu pada huruf-huruf yang muncul pada skrin bukannya padakeyboard. Untuk mahir korang hanya perlu buat latihan dan ulangan secara sangat kerap pada peringkat awal.
  • Ingat bahawa teknik touch typing tidak melibatkan penglihatan untuk mencari huruf-huruf dan aksara padakeyboard sebaliknya ingatan secara spontan pada pergerakan jari.
  • Jadi masa berlatih jangan tengok keyboard langsung.

3. Tumpukan kepada ketepatan (accuracy) perkataan dan bukan kepada kepantasan (speed)

  • Antara faktor utama yang membuatkan anda menaip tidak pantas ialah kecenderungan untuk membetulkan kesilapan menaip dengan segera semasa berlatih.
  • Seharusnya semasa latihan tumpuan harus diberikan kepada ketepatan (accuracy) dan bukannya pada kelajuan (speed) namun sekiranya terdapat kesalahan, biarkan kesalahan tersebut dan teruskan menaip. Apabila korang hanya cenderung untuk menaip pantas pada peringkat awal, percayalah bahawa korang hanya akan membuat lebih banya kesilapan.

Kaedah terbaik yang menyumbang ke arah kejayaan korang menguasai kemahiran menaip dengan pantas ini adalah melalui latihan yang sangat kerap bermula dengan berlatih home keys terlebih dahulu. Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang mampu menaip dengan pantas meskipun tanpa menggunakan kesemua jari bahkan mungkin hanya menggunakan kedua-dua jari telunjuk sahaja. Jadi sekiranya korang sudah selesa dengan teknik korang itu terserahlah pada kehendak masing-masing.

Lama kelamaan bila korang dah rasa mahir ataupun agak-agak dah mahir dan ingin menguji kepantasan korang untuk mendapatkan ranking secara online, korang boleh uji kepantasan di Malaysian Typing Speed Test dan dapatkan result korang.

Korang kini tidak perlu bersusah payah merancang urutan latihan untuk berlatih menaip kerana  kini sudah terdapat pelbagai software yang menyediakan modul untuk menaip secara pantas . Pada post yang akan datang mungkin saya akan berikan software percuma yang saya cadangkan ialah Typing Master Pro. Tunggu post yang akan datang Ok!

Sambungan post ini >>>

[ad#nuffnang]

Mungkin ini juga yang korang cari :

  1. 100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web (#1-29)
  2. 100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web (#59-84)
  3. 100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web (#85-100)
  4. 100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web (#30-58)
  5. Dapat USD $ 2000.91 sehari dengan Google Adsense
  • Phlebotomy

    I’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

    • http://www.cinoscaraku.com CiNOS

      MOst Welcome!!

  • Pingback: Typing Master Pro |

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD