Jul 282012
 

Semasa kerja-kerja pembinaan bangunan ini dijalankan, ia mendapat kecaman dari masyarakat islam yang menganggap bahawa bangunan ini adalah sebuah bar/pub yang dibina berkonsepkan kiblat umat islam iaitu Kaabah.

 

Namun pihak Apple telah menjelaskan bahawa bangunan ini adalah bangunan yang akan digunakan sebagai cawangan kelima mereka di New York dan tiada kaitan dengan pub, disko ataupun kelab malam seperti yang heboh diperkatakan.

 

Gambar sebuah bangunan yang menyerupai bentuk dan warna hitam seperti Kaabah telah tersebar di internet, sebenarnya adalah gambar sewaktu proses kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Namun begitu Rekabentuknya setelah siap tidak mempunyai persamaan pun dengan Kaabah. Anda boleh melihat gambar-gambar tersebut.

Jul 272012
 

Membeli Sambil Menderma.
PROJEK BAJU AMAL PALESTIN.
Hasil usahasama CiNOScaraku.com & Caraku Art & Design.
Dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Harga :

RM 25 + Termasuk Kos Penghantaran

+ RM 1 dari setiap pembelian baju akan didermakan ke TABUNG PALESTIN

Tarikh Tempahan : 26 JULY 2012 – 2 OGOS 2012
Tarikh Terima : Selewat-lewatnya sebelum RAYA AIDILFITRI

Cara tempahan :
Boleh PM ADMIN atau terus ke https://www.facebook.com/tempahbajuonline
TEL : 019 -3349593 ( SOFFI )
EMAIL : cinoscaraku@gmail.com
FB : Tempah Baju Online | CaraKu

Mutiara Kata :

“Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

” Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak-saudara. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah. Allah s.w.t. “

Jul 262012
 

Besar kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru bagi orang cina yang telah mati.

Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, Ia  dikenali sebagai Hell Money yang mana ianya telah ditiru rekaan menyerupai duit Malaysia.

Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar.

Tidak mustahilah rekaan duit tersebut ditiru kerana pengeluaranya telah dipaparkan secara umum lebih awal

Jul 202012
 

Lagi cerita pasal Proton Preve.. Aku pun malas dah nak tulis panjang-panjang. Biarlah gambar ini menerangkan segala-galanya dari tuan empunya kereta.

Mungkin ini akan terjadi pada sesetengah kereta. Tak semua kereta baru tu akan elok sepenuhnya. Tetapi disebabkan pepatah mengatakan, ” disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga “. Siapa nak jawb nie??

Antara komen2 mereka :

 

 

* Pendapat anda bagaimana ?

Jul 182012
 

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.


Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Kesimpulanya :
Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.

Jul 172012
 
Gambar di atas amat mengejutkan saya sebenarnya, Norish Karman berlumuran darah digilis lori 10 tan? dan mengapa pihak media tidak meng war-warkan perihal ini?Kemusyikilan di situ.
Selepas saya selidiki, ternyata gambar tersebut adalah babak lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam drama ” Maharku Untukmu ” di TV3 yang disiarkan pada 30 Jun lalu dan telah meraih 2.4 juta tontonan.
:) SMILE SOKMO
Jul 122012
 

SUBHANALLAH.

Saya terjumpa satu tips menghafal “muka surat ” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran..

Kongsikan jika ia berguna untuk anda, rakan dan keluarga

*Info dari FB rakan – Wallahualam

Jul 112012
 

Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hphone kat area2 sekitar tawau. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni . Last-last cair jugak dia hihihi. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload repaid ni secara percuma . ukey , sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri …

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda . disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan .

Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini . kay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising , tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda . Anda akan dengar dia cakap “please insert you pin number” masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk kl dan s’gor , 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s’wak .

Anda akan mendengar “for airtime top-up press 1723″ selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat … ukey , selepas beberapa saat , anda akan mendengar “your pin number is accept” anda terus dail 1007 dan anda akan dengar “your key number is accept” terus dail 4566 dan anda akan dengar “your password is accept” .

Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar “pale hotak kau berjambul 66 , kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman skang nih masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau … dahlah pulak minyak dah naik 30 sen …. banyaklah kau punya FREE!!”

Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata “jahanam punya orang yang tulis post nie!” tapi lepas itu kamu akan share kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula …. Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing .. :D
Sekian,terima kasih..

Jul 102012
 

Seorang wanita Afghanistan berpakaian burqa dihukum tembak oleh askar di Taliban Afghanistan kerana kononnya wanita tersebut melakukan cinta segitiga. Wanita 22 tahun yang telah menikah dengan seorang anggota militan Taliban, ditembak mati setelah dituduh berzina dengan seorang komandan Taliban.

Gambar mengerikan ini berlaku di desa Qimchok, di daerah Parwan Afghanistan. Rakaman amatur pembunuhan brutal ini memperlihatkan seorang wanita, yang dikenal namanya Najiba. Penembak tak dikenali yang dilihat mengenakan baret orange, dengan cepat menembak sebanyak 9 das tembakan ke tubuh wanita tersebut meskipun wanita tersebut sudah tidak bernyawa lagi.

Seorang pejabat di Afghanistan menyatakan pembunuhan terjadi kerana perselisihan antara dua anggota Taliban, yang telah berebut untuk mendapatkan wanita itu. Abdul Basir Salangi, Gabenor daerah Parwan menjelaskan kepada CNN bahawa sebagai lelaki Taliban memiliki beberapa jenis hubungan dengan wanita, mereka malah memilih untuk menuduhnya berzina untuk ‘menyelamatkan muka’.

Gambar-gambar mengerikan datang dari sebuah video , diperkirakan terjadi di Afghanistan pada akhir Jun 2012Video itu diserahkan oleh seorang warga kepada pemerintah daearh Parwan di utara Kabul, kata jurucakap mereka Roshna Khalid kepada AFP hari ini. Video tersebut telah dikutuk oleh pemerintah Afghanistan sebagai tidak Islami dan tidak manusiawi.

Jul 092012
 

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.

Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

 

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i) Menghadap Kiblat

ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Baca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

 

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

 

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

 

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

 

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

 

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

 

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

 

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

 

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

 

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

 

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

 

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

 

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

 

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

 

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

 

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

 

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

 

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal”.

 

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

 

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

 

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

“Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T”

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD