Terbaek..terbaek.. terbaek!!! Korang masih tak caya? korang mesti kena percaya bahawa telefon ini berkamera 41 MEGAPIXEL. Fuh layan sangat la bagi yang suka mengambil gambar. Aku rasa tak payah la lagi korang susah-susah nak beli DLSR lagi. Sambar satu je telefon nie. Gempak seyyy!!
Dulu aku berangan-angan nak sambar Nokia N8 selepas aku pakai Nokia N82 yang mempunyai kemera 5 megapixel . Tapi tak kesampaian pula hajat nak pakai Nokia N8 yang mempunyai kemera 12 megapixel disokong oleh xenon flash. Itupun gambar mmg dah cantik dah. Camera dari Carl Zeiss la katakan.
Lupakan pasal hajat aku tu nak memiliki Nokia N8, sebab sekarang aku dah pun memiliki telefon Android. Jenama nokia dah makin hilang dalam jiwa aku kini. Hahahaha
Namun apa yang mengejutkan aku sekarang ialah taruhan terbaru NOKIA bagi menguasi semula pasaran dengan mengeluarkan jenama Nokia Pureview 808 berkamera 41 Megapixel. Amacam ? Terbaek tak. Sakan giles babeng ar tangkap gambar.
Nokia Pureview 808 mempunyai sensor imejan paling besar bagi sebuah telefon pintar. Ia diperkasakan oleh perisian mobil Symbian Belle. Tak hairanlah jika Nokia digelar ” King Of Mobile Imaging “
Dengan pemprosesan 1.3 GHz, 512 MB RAM dan muatan dalam 16 GB dengan kemampuan kad SD sebesar 32 GB, tidak hairanlah kuasa yang didatangkan oleh telefon ini benar-benar memberi amaran kepada persaing-pesaing yang lain seperti Apple iPhone dan Samsung.
So apa yang aku dapat cakapkan di sini ialah. Congrat NOKIA!!!. ( hati sudah berbunga balik terhadap nokia. Lalalala..Mungkinkah ? )





















5 AYAT PENDINDING Diri
Rezeki untuk diSYUKURI
Kota Bharu ke Kuala Lumpur ambil masa 1 Jam sahaja?
Kisah RM1.00 dan RM100.00
Sedekah pada siapa paling UTAMA
Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5 sen sebanyak 30 trak
Teknik terbaru pencuri Kereta
Seks Songsang! Best ke ?
6 sebab kenapa LELAKI perlu pilih CIKGU sebagai isteri