Jan 262012
 

Inilah gambar yang hangat di Internet sekarang. Menurut sumber, ini adalah gambar betis Tiz Zaqyah. Dia menunjukkan betisnya yang digigit oleh nyamuk. Agak tak senonoh jugakan. Lain yang nak ditunjuk, lain pula yang tertunjuk-tunjuk. Hihihi :) Gebu dok?

Creadit PIC : mediamalaya.com

Jan 202012
 


Ini berita terbaru yang diterima dbaca melalui Twitter dan sumber yang menulis memang ada kredibiliti untuk kita percaya.

Aznil Hj Nawawi melalui akaun Twitter beliau menulis yang Izwan Pilus baru sahaya menghembus nafas terakhir beliau sekitar jam 6.15 petang hari ini.

Namun kami belum dapat apa apa maklumat berkaitan punca Izwan Pilus kini sudah tidak bersama kita semua.

Ini adalah satu kehilangan bakat muda dalam dunia hiburan tanah air dan info yang diterima juga mengatakan akibat jangkitan di saluran pernafasan.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah

Gambar terakhir Izwan Pilus

 

Jan 192012
 

Alhamdulillah…. Syukur ke hadratnya kerana jari jemari ini kembali menari-nari diatas papan kekunci yang telah sekian lamanya menyepi. Rasa kekok plak nak manaip :)

Nampaknya kali ini baru aku berpeluang untuk menulis, bukanya apa dalam kesibukan aku beberapa minggu ini adalah untuk menyiapkan tempahan baju dari pelangan. Maka jadinya nak updated blog pun tak ada masa.

Dalam kesibukkan itu juga dan dalam diam tak diam maka dengan rasminya aku dah pun punyai syarikat sendiri yang diberi nama CARAKU ART & DESIGN ( REG NO. 0093090-W ). Baru-baru nak merangkak ni kena usaha lebih. Sebab tu nak updated blog pun jarang ada masa :)

Besar kemungkinan aku akan ada website lain untuk tempahan baju nanti. Buat masa ini aku hanya menggunakan facebook sahaja sebagai permulaan untuk mempromosikan baju-baju aku yang telah di buat. Kalau korang nak tempah boleh saja pergi disini TEMPAH BAJU ONLINE.

Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Jumpa lagi jika ada kelapangan :) Peace Yeaw!!

Jan 122012
 

Mengakui filem lakonan terbarunya, “Bujang Telajak” akan menjadi filem pertama dan terakhir buatnya untuk tahun 2012, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura menafikan keputusannya untuk mengundurkan diri dalam bidang lakonan bukanlah disebabkan permintaan kekasihnya yang merupakan seorang kerabat diraja, sebaliknya ia adalah demi menjaga hati ibunya.

“Sebenarnya ibu meminta agar saya tidak meneruskan kerjaya dalam dunia seni ini kerana tidak gemar dengan kisah atau gossip kurang enak mengenai saya. Apatah lagi ibu sudah berusia, jadi hatinya mudah sensitif sedikit apabila ada cerita kontroversi tersebar,” tutur awal pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini.

Fazura turut menjelaskan dia bukan sahaja menolak banyak tawaran berlakon filem malah turut menolak tawaran dalam bidang pengacaraan.
“Banyak tawaran yang saya tolak kerana watak yang diterima kurang menambat hati. Saya inginkan kelainan dan bukan watak stereotaip yang acapkali dibawa.
“Pendek kata saya masih menunggu skrip yang mampu membuatkan saya jatuh cinta kepadanya,” jelas aktres “Gol & Gincu” yang sebelum ini turut menolak tawaran berlakon dalam filem terbaru arahan Bernard Chauly, “Istanbul Aku Datang”.

Meskipun akan kurang aktif dalam bidang lakonan selepas ini, aktres berusia 29 tahun ini tetap memasang impian untuk melakonkan watak-watak mencabar seperti watak perempuan jahat.

“Saya teringin untuk melakonkan watak perempuan jahat yang nampak jahat di depan tapi sebenarnya baik dan begitu juga sebaliknya kerana saya mahu mendalami dan memahami sendiri pemikiran watak-watak sebegitu.

“Malangnya sehingga kini saya belum lagi mendapat tawaran sebegitu dan masih melekat dengan watak-watak yang saya lakonkan menerusi dua buah filem yang saya pernah lakonkan sebelum ini iaitu “Pisau Cukur” dan “Gol & Gincu”,” ujarnya lagi ketika ditemui di tayangan media filem “Bujang Telajak” di GSC Signature, The Gardens semalam.

Ketika ditanya mengapa filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menjadi filem pilihannya, Fazura menyatakan bahawa sudah lama dia berhasrat untuk berlakon dalam sebuah filem komedi ringan dan tidak merasakan dia mengambil risiko besar sehingga menjejaskan reputasinya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang pelakon yang serius.

“Saya sebetulnya sudah lama teringin hendak mencuba berlakon dalam filem komedi ringan dan memang sudah lama ingin bekerja di bawah arahan A. Razak sejak dari dulu lagi memandangkan saya meminati filem arahannya, “Mami Jarum”.

“Saya tidak merasakan saya mengambil risiko kerana percaya dia (A. Razak) seorang pengarah yang baik ditambah lagi dengan gandingan tiga orang pelakon dan pelawak hebat seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak menjadikan filem ini sebuah filem komedi ringan yang hebat,” kata Fazura mengakhiri perbualan.

Sumber

Jan 122012
 

Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menghidap ‘penyakit’ membuat filem ketika berusia 12 tahun dan separuh abad kemudian, dia akan menjadi tidak tenteram jika tiada kisah menarik untuk dijadikan filem.

Spielberg mendedahkan masalahnya itu kepada peminatnya yang berada di dalam sebuah bilik di sebuah pusat filem.

Para peminatnya berdiri dan bertepuk tangan apabila pengarah tersohor Hollywood berkenaan muncul di pentas bagi menghadiri majlis tayangan filem terbaharunya, War Horse.

“Saya seorang pencerita,” kata pengarah filem berusia 65 tahun itu.

“Sejak sekian lama, filem adalah segalanya dalam hidup saya dan tanpa kisah untuk disampaikan, saya akan menjadi gila.

“Tanyalah isteri dan anak-anak saya bagaimana situasi di rumah bersama saya tanpa sebarang filem untuk saya arahkan dalam masa terdekat. Saya merupakan seorang individu yang teruk untuk tinggal bersama,” tambahnya.

“Saya murung, saya mundar-mandir di dalam rumah tanpa arah tujuan, saya menjadi sedih!” ujar Spielberg lagi.

“Apabila situasi seperti ini berlaku, keluarga saya akan segera menelefon studio perfileman saya dan berkata, adakah terdapat dalam fail, filem yang boleh diarahkan olehnya, tolonglah kami!”

Spielberg berkata: “Saya mula membikin filem semasa kanak-kanak kerana saya yang tidak memikirkan perkara lain yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan.

“Apabila saya berusia 13 tahun, tidak ada apa yang menarik perhatian saya selain daripada mengambil kamera filem dan memberitahu kisah selama tiga dan empat minit.”

Menurutnya, pada hari ini dia memperoleh tenaga dan terujaan yang sama semasa menghasilkan sebuah filem.

“Saya mengingati perasaan yang sama pada umur 12 dan 13 tahun, perasaan yang sama yang saya masih ada semasa saya menjangkau 65 tahun,” katanya.

Diperkenalkan kepada para peminat filem menerusi filem aksi cemas, Duel pada 1971, Spielberg menceburi filem aliran utama empat tahun kemudian menerusi Jaws.

Sejak itu, Spielberg telah mengarahkan lebih 30 buah filem selain sejumlah produksi untuk televisyen seperti siri penyiasatan Columbo dan siri popular tahun 2001, Band of Brothers.

War Horse menceritakan kisah Joey, seekor kuda yang dibesarkan di pedalaman England yang terpaksa berpisah dengan tuannya, Albert selepas dihantar ke medan perang di Perancis semasa Perang Dunia Pertama.

Hampir dianggap ketinggalan zaman, War Horse menggarapkan kembara binatang kesayangan manusia dalam senario perang dahsyat digabungkan bersama permainan emosi yang melayakkan ia memperoleh pencalonan anugerah Golden Globe bagi kategori filem dramatik terbaik walaupun ramai pengkritik mempunyai pendapat berbeza tentang filem tersebut.

“Saya menangis apabila saya menonton filem ini,” kata Spielberg tentang hasil kerja terbaharunya.

“Ia penceritaan yang terang dan jelas. Saya sukakan kisah yang tidak dibayangi simbolik atau metafora,” tambahnya.

Apabila diminta oleh hos majlis berkenaan untuk memberikan nasihat kepada generasi baharu pembuat filem, Spielberg memberitahu, pengambilan pelakon merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah filem.

“Perkara terbaik untuk filem anda adalah memilih pelakon yang tepat. Jika anda gagal berbuat demikian anda perlu bekerja keras 10 kali ganda kemudian.

“Apabila anda telah memilih barisan pelakon, dengar apa yang mereka ingin perkatakan, biar mereka melakukan kerja mereka. Kenapa anda memilih barisan pelakon berbakat jika anda tidak mengendahkan mereka? Anda perlu lebih banyak mendengar daripada bercakap.” katanya lagi.

Menurut Spielberg, nasihat terbaik pernah diterimanya sebagai penerbit filem muda adalah daripada pengarah filem Perancis, Francois Truffaut yang dikenalinya dalam tahun 1970-an.

“Dia datang ke Mobile di negeri Alabama selepas menamatkan penggambaran filem Small Change dan berkata (kepada saya): Anda perlu bekerja bersama kanak-kanak,” ujar Spielberg.

“Anda akan menjadi relevan dalam filem-filem anda,” kata Spielberg apabila diminta mendedahkan rahsia kejayaannya.

“Inilah diri saya yang sebenar. Saya masih kanak-kanak itu (dirinya sendiri) dan tidak pernah berubah,” jelas Spielberg. – AFP

Jan 102012
 

IPOH – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

“Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

“Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar.

“Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Magnum IT Sdn Bhd sebanyak RM69,000 kepada 23 badan-badan kebajikan di seluruh Perak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang akan dilaksanakan pada Mei selepas pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

Mengenai pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, Kong berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkannya sehingga ke Tingkatan Empat bagi mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda.

Kong berkata, bagi Tingkatan Satu sebuah buku teks yang mengandungi pendidikan keselamatan jalan raya disediakan mulai tahun ini.

“Ini adalah satu usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai satu usaha untuk membantu pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih. – BERNAMA

Jan 102012
 

Research In Motion Limited (RIM) yang mengeluarkan telefon pintar Blackberry mungkin mengalami masalah mengharungi tahun 2012 yang masuk hari kelimanya.

Syarikat yang berpengkalan di Kanada itu menghadapi persaingan yang semakin sengit daripada Apple iPhone dan Google Android, menyaksikan pasaran sahamnya mengecut dan jatuh dalam tempoh 9 bulan kebelakangan ini.

Kejatuhan tersebut patut memberi isyarat kepada RIM yang banyak bergantung harap kepada teknologi Blackberry sebagai nyawa mereka tetapi bagaikan ada yang tidak kena padanya.

Kegagalan memasuki pasaran tablet dengan Playbook menjadi antara punca yang terlihat di mata kasar pengguna. Ia sangat menakutkan bagaimana teknologi yang pantas berkembang di dunia moden dan mana-mana syarikat yang gagal membuat pembaharuan bakal terduduk menepuk dahi.

Nasib Blackberry dan Nokia macam sama bunyinya yang pastinya memeningkan bos-bos yang duduk di kerusi atasan betapa sukarnya apabila pasaran semakin berkembang. Secara tidak langsung, ia turut memberi amaran kepada syarikat besar lain yang bukan dalam segmen telefon seperti HP, Intel, Microsoft dan sebagainya yang perlu menyedari kepesatan teknologi boleh memakan diri.

Apple sekalipun yang bunyinya gah menghadapi ‘hakisan’ pasaran yang memaksa mereka melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Semuanya bermula pada tahun 2003 apabila RIM merintis industri telefon pintar dengan peranti Blackberry seterusnya menjadikannya pembuat telefon pintar yang paling dominan. Syarikat itu kini mendapati dirinya dalam bahaya yang serius sindrom ‘kepupusan’ kerana kedua-dua Apple dan Google terus menelan bahagian pasaran mereka.

Malah ada sesetengah penganalisis yang meramalkan sesuatu yang serius apabila percaya syarikat itu kini hampir dengan ‘kematian’ dan akan dikenang dalam sejarah telefon. Meskipun Blackberrylah yang membebaskan e-mel korporat dari PC dan menjadikan pekerja mudah alih melalui sistem e-mel mereka yang praktikal dan produktif.

Di sudut lain pula, Microsoft dilihat turut mampu mencabar Blackberry suatu ketika dulu tapi serangannya boleh ditepis RIM. Ia disebabkan solusi pejabat korporat RIM melalui Blackberry telah dibina secara menyeluruh yang mantap daripada perkakasan, perisian dan ciri keselamatan menjadikannya sangat praktikal kepada golongan profesional.

Tetapi semuanya seakan berubah, orang mengenali Blackberry untuk Blackberry Messenger (BBM). Itulah yang menjadi nadi telefon itu tapi mereka perlu risau kerana aplikasi sama juga meningkat naik untuk model iOS atau Android.

Whatsapp, Viber dan banyak lagi semuanya menawarkan servis hampir sama, jadi ke mana keunikan BB selepas ini? Ok, mereka mungkin mampu bertahan dengan ciri keyboard QWERTY yang masih menarik.

Berbalik semula kepada cabaran Microsoft, kemajuan dalam Exchange Server dan OS Windows Mobile memang sukar ditolak tepi.Tetapi cabaran-cabaran BB juga bermuladengan pelepasan Google Android dan Apple IOS di pasaran.

Jika pada tahun 2006 semuanya berkisar mengenai Blackberry dan Windows Mobile sebagai masa depan telefon pintar, ia sudah terbalik. Bayangkan bahagian pasaran Blackberry sebelum lebih 60%, tapi kini turun kepada 9% di Amerika Syarikat saja manakala di seluruh dunia 3%. Ada penganalisis berpendapat salah satu kegagalan yang paling besar adalah kurangnya inovasi.

Apabila kita berbicara tentang syarikat-syarikat yang paling inovatif dalam tempoh lima tahun yang lalu, RIM jarang masuk ke dalam perbincangan. Mungkin kerana mereka sudah berasa selesa menguasai pasaran dan percaya segmen mereka tidak akan disentuh.

RIM perlu segera kembali ke pasaran sebelum nasi sudah menjadi bubur, mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi seperti Nokia yang suatu ketika dulu dominan tapi tergugat.

Jan 092012
 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.

Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.

“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.

Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.

DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.

Credit – Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD