Oct 302011
 

Akhirnya terjawab sudah teka-teki siapa yang berhak memiliki Piala berprestij Piala Malaysia 2011. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu dan  ditabalkan selaku juara Piala Malaysia 2011.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.

Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.

Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.

Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

- HOBIN JANG HOBIN

Oct 292011
 

Ini nasihat kepada sesiapa yang menggunakan telefon pintar menerusi operasi sistem Android.

KUALA LUMPUR: Malware Bergerak terus menjadi ancaman kepada Android telefon pintar, mengikut Sourcefire syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di AS Inc.

Telefon pintar Android terdedah kepada malware mudah alih kerana keterbukaan, yang menarik penggodam,” kata Alex Kirk, penganalisis penyelidikan kanan di Sourcefire.

Salah satu ciri-ciri terbaik mengenai OS Android adalah bahawa ia menyediakan akses kepada pelbagai perpustakaan berguna dan alat kepada pemaju untuk membina aplikasi yang kaya di atas platform.

Tetapi keterbukaan yang sama juga menarik hacker untuk mewujudkan malware,” jelas Kirk semasa menyampaikan ceramah di HITB baru-baru ini membuat kesimpulan (Hack dalam Peti) keselamatan persidangan 2011 di sini.

Satu jenis malware yang menjejaskan Android telefon pintar adalah trojan SMS. Apabila dipasang, trojan akan menghantar mesej teks kadar premium tanpa pengetahuan pemilik. Akibatnya, mangsa berakhir dengan bil telefon yang besar, katanya.

Jenis-jenis lain malware yang dikesan termasuk orang-orang yang mengubah telefon pintar ke dalam bot untuk menghantar semula virus atau untuk melaksanakan tindakan (yang dilaksanakan dari jauh) tanpa keizinan pengguna.

Satu lagi cara untuk menyebarkan malware pada telefon pintar Android adalah melalui kod-kod (Response Pantas) QR. Apabila pengguna mengimbas kod QR, mereka diarahkan semula ke laman web hosting trojan Android.

Walaupun malware Android mudah alih adalah jauh lebih rendah daripada malware desktop, yang mencakupi 40,000 serangan sehari, ia masih membimbangkan, Kirk menjelaskan.

Ini adalah kerana Android menguasai 50% daripada pasaran telefon pintar berdasarkan pelbagai kajian penyelidikan. Oleh itu, pengguna perlu mengambil langkah-langkah untuk melindungi telefon pintar mereka,” katanya.

Sebagai peraturan umum, Kirk menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun aplikasi dari laman web yang tidak dipercayai.

Jadi para pengguna haruslah berhati-hati dan sebagai langkah berjaga-jaga janganlah sesukahati mengambil aplikasi dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai.

Oct 282011
 

Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM….. Pegi mampos la FAM!!! FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!

Itulah antara kata-kata yang dihamburkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang mana menyaksikan ketidakpuashatian pihak-pihak tertentu dengan kenaikan harga tiket Piala Malaysia 2011 yang beharga RM 50 dianggap terlalu mahal oleh peminat-peminat bolasepak tempatan.

Sehingga jam ini 8.30 ( 28 OCT 2011 ) laman web ini masih lagi di hack dan belum pulih seperti sediakala. Aku rasa bila laman web  FAM ini pulih berkumungkinan akan dihack semula.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi tadi, laman web FAM dipercayai telah ditutup oleh pengendalinya.

Kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai UM’07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti, telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Kalau korang nak tengok korang boleh pergi ke laman web rasmi FAM – sila ke http://www.fam.org.my/ , itupun kalau belum pulih lagi la :)

Oct 262011
 

Selamat menyambut Hari Deepavali bagi penganut agama hindu diseluruh dunia dari cinoscaraku.com

Oct 252011
 

Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga tiket RM50 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, diantara Terengganu dan Negeri Sembilan ramai penyokong bagi kedua-dua pasukan mengeluh dengan keputusan yang dibuat .

Apa sudah jadi dengan harga tiket yang melampau ? Jika hendak dibandingkan dengan harga tiket Final yang sebelum-sebelum ini tidak lagi melebihi RM30. Kali ini ia memberi tamparan yang hebat dan mendapat kritikan bagi kedua-dua kelab penyokong pasukan tersebut.

Final PM 2009 —–> (RM 20) —–> BUKIT JALIL

Final PM 2010 —–> (RM 30) —–> BUKIT JALIL

Final PM 2011 —–> (RM 50)——> SHAH ALAM
         

Bagi KELAB e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9futbol) yang kesal dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 musim lalu kepada RM50 tahun ini, menyifatkan ia sesuatu yang membebankan peminat dan penyokong yang ingin bertandang ke stadium.

Luahan dan lepas geram penyokong Negeri Sembilan dalam facebook yang bengang dengan harga tiket RM50.

Timbalan Presiden, Mohd Faidzul Mohd Noh berkata, langkah yang dibuat badan induk bola sepak negara itu tidak wajar kerana kenaikannya terlalu tinggi dan disifatkan sebagai melampau selain boleh menggugat rasa minat penyokong untuk ke stadium.

“Jika dibandingkan harga tiket pada 2009, FAM hanya mengenakan sebanyak RM20 bagi perlawanan akhir manakala mereka menaikkan kepada RM30 pada tahun lalu dengan alasan dan jaminan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di stadium tapi apa yang berlaku masih ada penyokong yang membawa bahan letupan ke dalam stadium hingga menjejaskan keselamatan.

“Apa rasionalnya FAM menaikkan lagi harga tiket bagi perlawanan akhir kali ini, adakah atas alasan yang sama sedangkan hakikatnya mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya,” katanya semalam mengulas mengenai kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan mempertemukan Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Ketika tahap kos hidup yang tinggi ketika ini, kenaikan harga tiket itu amat dikesali kerana membebankan orang ramai kerana mereka juga perlu menyediakan kos perjalanan katanya lagi.

KELAB Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh)  juga kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 dan menyifatkan ia tidak masuk akal.

Demo Bantah Harga Tiket Di Terengganu Hampir Bermula

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, harga tiket yang ditetapkan badan induk bola sepak negara itu terlalu mahal dan tidak masuk akal selain tidak menunjukkan semangat kesukanan sebenar.

“Sepatutnya FAM mengkaji lebih mendalam terlebih dulu sebelum membuat keputusan itu termasuk mengambil kira kos terpaksa ditanggung peminat kedua-dua pasukan yang sudah tentu akan membanjiri stadium.

“Sebagai contoh, peminat dari Terengganu terpaksa melalui perjalanan yang jauh sebelum sampai ke Shah Alam dan sudah tentu kos yang perlu ditanggung peminat amat tinggi termasuk pengangkutan, tol dan makan minum.

“Sekiranya FAM masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak menurunkan harga tiket, saya percaya matlamat untuk menarik minat penyokong ke stadium tidak akan tercapai selain akan mengurangkan kemeriahan pertandingan akhir itu.

“Kami mahu FAM mengkaji semula harga tiket dan berharap harganya dapat dikurangkan kepada RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk VIP,” katanya.

“Keputusan FAM menetapkan harga tiket RM50 amat melampau dan tidak mengambil kira kos yang terpaksa ditanggung terutama peminat Terengganu yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk ke Shah Alam.

 

Berikut juga adalah jawapan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kenaikan harga tiket yang melapau itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam membuat ketetapan mengenai harga baru tiket itu.

“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.

“Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini.

“Duit yang dikutip ini dapat menampung kos perbelanjaan mereka selepas membentuk pasukan yang mantap bagi merebut Piala Malaysia. Ini perlawanan yang berprestij jadi adalah wajar dengan harga tiket yang dikenakan itu,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Inilah harga tiket final Piala Malaysia yang paling mahal dalam sejarah. Kesimpulanya disini, sama ada kelab penyokong kedua-dua pasukan memboikot tidak membeli tiket ataupun menonton siaran langsung definasi tinggi di kaca televisyen dirumah serta skrin layar yang berada di kedai-kedai mamak seluruh Malaysia. Pilihan ditangan anda.

Kredit

” TIDAK BERMAKNA TIDAK MEMBELI TIKET TIDAK MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN “

Oct 242011
 
Inikah design baru duit not RM50 Malaysia ? . Aku rasa duit RM50 sekarang pun designnya pun masih lagi baru, tapi mengapa keluar lagi yang baru ? Jadi apa pendapat korang ? Agak cantik juga design baru duit RM50 nie kan…
Contoh Duit Baru RM50 Depan
Contoh Duit Baru RM50 Belakang
Ini antara fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.
  • Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
  • Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia
  • Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.
UPDATE : Email dari  BNM dan ini jawapannya : 

We would like to inform you that Bank Negara Malaysia in co-operation with Sukom Ninety Eight Berhad has issued the RM50 note as per your e-mail attachment, to commemorate the Kuala Lumpur ’98 XVI Commonwealth Games. You may want to browse the following urls for further information on the said RM50 note and other Malaysian currency:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&pg=733&ac=42

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&lang=bm

Kesimpulannya, ia adalah sebagai simbol duit kenang-kenangan yang dikeluarkan bersempena dengan Sukan Komanwel (SUKOM) 1998 yang dikatakan harga duit not RM50 ini lebih tinggi dari nilainya sebenar. Mungkin sekepis RM300? Mana tahu kan?

 

 

 

Oct 232011
 

Tempahan Baju ” MUSUHNYA HABIS BINASA ” sempena

FINAL PIALA MALAYSIA 2011

Untuk makluman baju ini hanya 30 HELAi sahaja yang akan dikeluarkan. Siapa cepat dia dapat. Sila bagi SIZE baju anda. Sila email cinoscaraku@gmail.com ataupun boleh terus hubungi ( EN. SOFFI ) di talian 019-3349593 .  Maklumat pembayaran akan diberikan melalui SMS.

Pendahuluan tempahan sebanyak RM 10.00. Nak bayar full pun boleh. :) Harap Maklum.

 

FRONT VIEW

FRONT ViEW

 

BACK ViEW

 

Front & Back View

Tempoh tempahan hanya dibuka 2 Hari sahaja bermula dari 23 OCT 2011 – 25 OCT 2011. Terima Kasih. “ HOBIN JANG HOBIN ”

STANDARD SIZE  : S, M, L, XL, XXL

RM 35.00  Sehelai

RM 30 Sehelai

JENIS BAJU DRY FIT -

Hak CIPTA CiNOSdesign. Segala bentuk Peniruan dan Persamaan Akan di ambil Tindakkan Sewajarnya.

Sambutan Baju Musuhnya Habis Binasa boleh lihat DISINI

Oct 222011
 

Dah lama betul rasanya ku tak updated dairi sendirikan. Aku pun tak tahu topik dan hala tuju blog aku sebenarnya untuk apa. Adakah hanya untuk kisah-kisah peribadi aku ataupun hanya untuk hiburan perkembangan isu-isu semasa.

Tapi bagi aku biarlah ada kedua-duanya . Apa yang menarik aku akan tulis di blog yang tak seberapa ini. Moga perkongsian yang aku sampaikan akan dapat memberikan inspirasi ataupun maklumat kepada korang semua. :)

Sayang betul rasanya bila blog ke-2 aku iaitu  Colourful4Life dah lama tak berupdated. Aku ingatkan nak deleted jer. Tapi memandangkan aku ada lagi simpan beberapa koleksi gambar untuk di upload, mungkin aku fikirkan 2 kali untuk  memadam blog tersebut kerana aku dah ada blog yang berdomain sendiri ini.

Mungkin juga blog tersebut akan menjadi blog fotografi selepas ini apabila inspirasi untuk menyampaikan sesuatu akan di terjemahkan melalui gambar. Jadi jika sudi korang bolehlah jenguk-jeguk blog aku yang ke-2 ini.

Lupakan seketika pasal blog tersebut. Apa yang aku story kat korang hari ini adalah aku nak menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini 22 oct 2011.

Walaupun perlawanan ini perlawan separuh akhir yang ke-2 diantara NEGERI SEMBILAN vs T-TEAM yang mana Negeri Sembilan membawa bekalan selesa malam ini di laman sendiri dengan kelebihan 4 jaringan berbalas 2 ( N9  4-2 T-Team ) pada separuh akhir yang pertama di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah tempoh hari.

 

Harapan menggunung tinggi untuk menyaksikan  pasukan Negeri Sembilan melangkah ke FINAL dan menjuarai PIALA MALAYSIA musim ini.

Jadi laungan yang tak dengar ini sahaja yang aku dapat tuliskan ” HOBIN JANG HOBIN “. :)

Oct 212011
 

Akhirnya tumbang juga bekas pemimpin Libya ini setelah sekian lamanya diburu. ” Sepandai-pantai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua “…..

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

Gambar itu yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan wajah yang pucat, berdarah dan mata hampir tertutup mirip Gaddafi.

Foto tersebut menunjukkan rambut kerinting halus dan struktur muka mirip Gaddafi.

Ketika gambar tersebut disiarkan, masih tidak jelas sama ada dia masih hidup atau cedera. Foto tersebut menunjukkan terdapat darah dari bahagian mulutnya. Adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi para pejuang Gaddafi merakamkan gambar di lokasi pertempuran.

Seorang lagi pegawai tentera Libya mengesahkan bahawa satu foto yang menunjukan seorang lelaki yang mirip Gaddafi mati itu dan disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera adalah Gaddafi yang sebenar.

Pegawai itu iaitu anggota jawatankuasa keselamatan NTC di Tripoli, Kolonel Mostafa Noah berkata: “Ya, itu adalah betul.”

Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.

- Agensi

- Sumber

Oct 192011
 

Contohilah saudara ini. Korang boleh buat ? Rilerk jew dia..

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD