Sep 302011
 
NABIL (RAJA LAWAK) SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NAZIRAH

PUTRAJAYA : Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23. Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

Sep 302011
 


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!!!

Thankz to Amirul Mujahidin
Sep 292011
 

Dato’ Koh Tsu Koon kantoi menggunakan photoshop bagi menunjukkan dia bersama DS1M dalam satu upacara naik basikal secara gerombolan.

Bila dah kantoi tu maka gambar beliau menjadi mangsa PHOTOSHOP oleh warga Lowyat Kopitiam. Dibawah ialah sebahagian kecil karya kreatif mereka. Nak lagi sila ke link forum disini.

Dan inilah hasilnya :

Sep 292011
 

Korang ingat tak Namewee yang dulu pernah menghina Azan melalui lagu ” NEGARAKUKU ” beliau. Kalau korang tak ingat boleh tengok lagu yang dinyanyikan beliau di Youtube.

Namun kali ini Namewee sekali lagi menimbulkan ketidakpuasan hati dengan seorang wartawan dari Utusan Malaysia berkenaan wartawan tersebut menulis tentang filem terbaru beliau  Nasik Lemak 2.0 yang bertajuk ” Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Nameweee “.

Korang boleh tonton video dibawah :

Tak habis-habis Namewee ni kan. Bagi aku kalau tak boleh di kritik baik diamkan diri sahaja. Janganlah mencari publisiti murahan. Bak kata pepatah. “ kalau takut dilambung ombak, janganlah tonton filem ONGBAK jangan berumah di tepian pantai “.

Nampaknya video asal yang di muat naik telahpun dijadikan Private Video di Youtube. Nasib baik ada insan-insan yang cekap telah memuat naik semula video Namewee ini dan kini boleh dotonton semula.

Sep 282011
 

Cer korang tempah set cadar macam ni!!!

Sep 272011
 

Google doodle

Hari ini Google telah melancarkan doodle terbarunya iaitu bersempena dengan ulang tahun ke-13 syarikat gergasi internet terbesar dunia iaitu Google yang disambut hari ini.

Namun, doodle yang dilancarkan oleh Google sempena ulang tahun mereka sangatlah ringkas dengan hanya sekeping gambar berformat JPEG tidak seperti doodle yang dibuat Google sebelum ini iaitu lebih menarik dengan penambahan animasi dan video padanya.

cinoscaraku.com ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 13 kepada Google. Semoga Google akan terus berjaya memegang takhta sebagai enjin carian nombor 1 di dunia dan terus memgeluarkan idea-idea menarik kepada dunia internet.

Sep 262011
 

Iklan yang paling sedih untuk ditonton. Seringkali juga aku tengok iklan dari Thailand ni. Hebat-hebat belaka iklan dari negara tersebut. Kadang-kadang akan meninggalkan kesan dan maksud yang begitu mendalam.


Mari kita layan bersama. ” Selagi ada waktu…”

Jadi apakah tindakkan anda setelah menonton video diatas. Masih sempatkan anda untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang telah anda lakukan terhadapnya ?.

Walaupun hari ini bukan hari ibu, tetapi video ini telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali. Jika tidak keberatan luangkan masa untuk menonton video dibawah ini pula.

” MARAH BUKAN KEBENCIAN, TAPI TANDA SAYANG “

Sep 252011
 

Alhamdulillah.. Dapat jugak merasa  Buffered Earning ( BE ) untuk bulan ini. Sebelum nie aku ada  tulis pasal traffic yang mencurah tapi BE tak timbul-timbul juga. Tapi kali ini dapat juga akhirnya seperti kebiasaanya tiap-tiap bulan pasti akan lekat satu.

Sebelum ni memang tertunggu-tunggu kerana kebiasanya awal-awal bulan dah lekat BE. Untuk bulan ni nak dekat penghujung baru ada. Tapi tak kisahlah, lewat atau pun cepat janji dapat. Ye tak ?

Kali ini Buffered Earning dari Maxis iPhone Raya. Dapatkan iPHONE 3GS dari RM199 dan juga percuma wifi dari Maxis selama 3 bulan.

Walauapapun thankz to CiK Nuffnang :) Kerana dirimu begitu beharga.. (weerrkkkk.. nak bodek la tu )

p/s : Tips dari aku, selalulah updated Blogger Bio ( Biodata Blogger ) untuk mendapatkan BE .

Sep 252011
 

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
… Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat…..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. …. (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ….
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia – Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1… Anda – Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini) -Klik Share or Tweet
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk2 biar je disini….

Sep 242011
 

Sudah bosan dengan sukan futsal atau badminton ?

Menangi RM 10,000 wang tunai dan pelbagai tablet yang berjenama yang akan diberikan oleh MILO. Caranya amat mudah. Apa yang harus korang lakukan adalah membuat permainan atau mereka permainan supaya orang lain boleh bermain untuk kejohanan.

Semakin pelik ,aneh dan unik permainanyang korang cipta itu adalah lebih baik. Cipta dan rekalah permainan yang mana dunia belum pernah lagi mewujudkan permainan tersebut dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Berani sahut cabaran ?
Sertai sekarang !!!

DISINI

Antara hadiah yang ditawarkan :

Teruja untuk sertai ?

Mula sekarang !!!

DISINI

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD