Mar 302011
 

Alhamdulillah..sehingga ke hari ini aku masih lagi bernafas. Semalam  29 march genaplah umur ku 26 tahun. Omputih cakap sweet 26. Hehe, gitu lak kan. Rasanya umur macam nie dah bolehlah nek pelamin. Ajal,  maut,  jodoh dan pertemuan tu semua di tangan-Nya. Mungkin belum sampai seru lagi kot.. :)

Thankz for My Family yang bagi present semalam. Dapat 4 helai baju. Sakan ler melaram nanti. Dah besar nie segan lak rasanya nak sambut, tapi thankz for my Ummi yang belikan kek. Tak adalah besar sangat, sekadar untuk menyerikan  jer.

Rasanya aku ikut muka sape..Hehe..

My Father bagi baju Jersi Malaysia beb!..

Thankz Ummi Bagi baju POLO..Mesti mahal kan..hehe

Errmmm nie lagi mahal kot…  MMuuaaah!..Merah pipi dah.. :)

Dan juga ribuan terima kasih pada kawan-kawan di Facebook CiNOS yang wish my birthday. Penuh Wall dengan ucapan.. Terima kasih lagi sekali. Lov u All.. :) :) :)

Mar 272011
 

Photoshop Training Top Secret

Dapatkan 4 DVD + 1 DVD Bonus… (16 Gigabyte )

Keterangan :

Extreme Photoshop Training langkah demi langkah akan diterangkan kepada anda melalui format video. Cara paling pantas untuk menguasai BLACK BELT dalam Photoshop…

Dengan adanya DVD ini, anda akan diajar langkah demi langkah  bagaimana untuk menjadi seorang yang pakar dalam phothoshop dengan cepat.

Anda juga boleh belajar dan lihat sendiri teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik. Tidak perlu lagi mengikuti kelas belajar photoshop kerana semuanya ada didalam DVD ini.

Anda akan diajar bagaimana menggunakan special effect yang ada didalam photoshop yang bergitu menggagumkan. Jadi bagi sesiapa yang berminat didalam photoshop tetapi masih lagi ragu-ragu untuk mengedit gambar, masih lagi dalam proses mencuba-cuba, saya sarankan DVD ini adalah yang terbaik untuk anda.

Percuma satu lagi DVD  Bonus!

Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada :

Email : cinoscaraku@gmail.com / cinos@cinoscaraku.com

YM : crazy_cinos

FB : Dak Cinos

 

 

Mar 252011
 

Kalau tak silap saya sambutan Earth Hour kali ini adalah kali yang ke-3. Hanya satu jam sahaja diperlukan. Marilah kita sama-sama memelihara alam sekitar dengan menyokong kempen seperti ini. Hanya matikan semua penggunaan elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam hari sabtu ini ( 26.03.2011 ), bagi menunjukkan sokongan anda untuk memelihara alam sekitar.

Seperti yang kita ketahui sambutan ini adalah acara dunia yang diraikan untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan terhadap perubahan iklim yang membawa ancaman global.

Marilah kita bersama menyokong kempen seperti ini agar ia dapat memberi kesedaran kepada generasi yang akan datang demi memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sokongan anda amat dihargai.. :) Peace2

Mar 202011
 

Nak tergelak rasanya baca artikel dalam paper haritu. Kenapalah En. Rahman  tak baca  betul-betul  semula sebelum menghantar masalah beliau untuk meminta kepastian dan pendapat. Ada ke nak masukkan buah zakar ke dalam kemaluan isteri. Tak pernah dibuat orang. Hehe.. :) Mungkin beliau keliru rasanya @ kesilapan yang tak disengaja. Peace2

 

Mar 162011
 

Saya amat tertarik dengan artikel yang ada didalam akhbar KOSMO! hari ini ( 16.Mac 2010 ). Isu berkaitan telefon bimbit punca lelaki mati pucuk. Betul ke?. Mengikut apa yang diperkatakan, lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit didalam poket berdepan dengan risiko kerosakan sperma termasuklah mati pucuk.

Ini diakui oleh S.M Mohamad Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ). Penggunaan telefon untuk tempoh jangkamasa yang panjang didakwa menggurangkan produktiviti sperma lelaki.

Hasil kajian yang dijalankan oleh CAP, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada 4 jam sehari mempunyai bilangan sperma yang rendah serta kualitinya.

Mohamad Idris juga mendakwa lelaki yang gemar meletakan telefon bimbit yang disangkutkan pada tali pinggang atau poket seluar terdedah pada gelombang elektromagnetik yang tinggi.

Bagi wanita pula,mereka yang sering meletakkan telefon magnet didalam beg sandang yang dikepit di sebelah payudara juga boleh memberikan kesan terhadap kesihatan dalaman.

Untuk itu CAP menyarankan orang ramai menggunakan mod pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala.

 

Mar 082011
 

Memang KEJAM!!. Itulah yang saya dapat gambarkan bila tengok video ini. Video ini saya dapat dari rakan kepada rakan di Facebook. Tak tahulah dimana video ini dirakam. Bila tonton video ini hati rasa sakit sangat. Kenapalah sanggup sangat menyiksa dan membunuh binatang .

Ya Allah.. Kenapalah manusia sebegini kejam menyiksa binatang. Kenapa sanggup menyiksa dan membunuh binatang yang tidak berdosa ini. Tidak adakah rasa sedikit belas kasihan  dilalam hati perempuan ini ?.

Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat pembalasan yang seadil-adilnya. Bagi pencinta haiwan diseluruh Malaysia mahupun di seluruh dunia, dapat menyiasat  kekejaman yang berlaku ini.

Mar 072011
 

Hari ini saya nak kongsikan satu artikel mengenai penyebab korang boleh menjadi seorang yang pelupa. Thankz to my FB friend Cik Lavenderbiru coz bagi idea untuk tulis artikel ini. Setelah dirujuk dan diselidik, berikut adalah sebab dan juga penyebab  mengapa korang boleh menjadi pelupa. Penyakit mudah lupa ini mungkin juga terjadi akibat kerosakan otak…

1. Merokok

Jangan merokok. Elakkan juga diri anda dari asap rokok. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

2. Tidur yang berlebihan

Jika korang tidur melebihi dari waktu yang sepatutnya atau tidur terlalu lama, sel-sel otak kita akan mati. Fungsi badan pun akan menjadi lemah. Jadi tidurlah mengikut kadar waktu yang sepatutnya sahaja.

3. Udara yang tercemar

Cuba jauhkan diri dari menghidu udara yang tercemar. Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Salah satu lagi penyebab adalah seringkali menutup muka semasa tidur. Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

5. Pengambilan gula berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Oleh itu cuba elakkan dari mengambil lebih dari 50gram sehari .

Menurut kajian yang dijalankan oleh WHO, setiap individu disarankan untuk mengambil sebanyak 50 gram atau 10 sudu teh gula sehari . Oleh yang demikian, pengambilan gula melebihi keperluan tubuh akan memberi pelbagai kesan buruk kepada individu.

6. Jarang Berfikir

Jika jarang berfikir tentang sesuatu, korang akan juga akan mengalami masalah pelupa. Ini disebabkan otak kita kurang aktif . Seringkalilah berbincang atau berfikir tentang sesuatu perkara bagi melatih otak kita menjadi cergas.

7. Kurang sihat

Kurangkan berfikir atau melakukan sesuatu yang boleh menyebababkan kita berfikir  jika  kurang sihat. Ini juga adalah salah satu penyebab kita menjadi pelupa yang akan menyebabkan sel-sel otak akan mati

8. Makan berlebihan

Jangan makan secara berlebihan. Selain menjadi punca kegemukkan, makan secara berlebihan juga akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

Diharap 8 sebab diatas dapat memberikan anda sedikit pengetahuan.

Berfikirlah secara sihat kerana minda sihat datang dari tubuh yang sihat. Kita juga digalakkan makan kismis untuk kesihatan otak dan ingatan. :) Hope dapat membantu.. Peace2 !

Jadi kalau korang dah lupa layan la lagu ” Tolong Ingatkan Aku “. Sekadar hiburan jer..

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD