Feb 202011
 

Salam satu malaysia… Alhamdulillah… Sekarang dah masuk 7 hari saya  tak merokok. Rasa tenang sangat. Tanpa menggunakan apa-apa ubat termasuklah  Niquitin . Saya berhenti secara semulajadi. Dengan berkat dan keazaman, saya nekad pada diri sendiri untuk berhenti merokok. Harapan saya akan dapat mencapai target saya tak merokok selama sebulan dan begitulah yang seterusnya.

Apa yang saya lakukan? Macam mana nak berhenti merokok ?…

Apa yang saya nak kongsi di sini adalah macam mana mula-mula rasa bila nak berhenti merokok. Terus terang saya katakan memang payah dan sukar untuk berhenti merokok. Ada kawan-kawan yang tanya macam mana kau berhenti merokok ?. Jawapan saya senang. Ini apa yang saya lakukan. ” First, stop buying 1 BOX of Cigarette “.

Perkara yang pertama sekali kalau nak berhenti merokok ialah BERHENTI BELI SEKOTAK ROKOK!. Mudah bukan?. Ya, memang saya akui kalau anda betul berazam nak berhenti merokok, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah berhenti membeli SEKOTAK Rokok.

Jika korang rasa merasa nak merokok, korang beli saja yang sebatang. Rasa nak merokok beli lagi sebatang. Mengikut apa yang telah saya lalui, jika korang membeli sekotak rokok, rasa keinginan merokok  adalah 95% lebih kuat. Tetapi apabila korang membeli secara sebatang dan sebatang, peratusan keiginan merokok adalah lebih rendah iaitu  70%. Kenapa saya cakap macam itu ? Ini kerana setiap kali korang ingin merokok korang akan ke kedai untuk membeli. Bergitulah seterusnya. Kadangkala mood untuk ke kedai kerap kali itu membuatkan anda letih. Itu mengikut apa yang telah saya lakukan.

Jika rasa ketagihan merokok korang sama sahaja. saya sarankan korang  hisap rokok yang korang sendiri  tidak suka. YA. saya dah buat! Memang berkesan. Lama-lama akan rasa mual bila hisap rokok yang bukan favourite kita. Cuba dulu… hehe :)

Perkara ketiga apa yang boleh saya kongsikan adalah dengan melengah-lengahkan waktu untuk merokok. Rasa memang sedap kalau setiap kali selepas makan anda merokok, tetapi korang cuba lakukan selepas makan korang rehat sekejap dan tarik nafas. Cuba buat kerja lain dulu.Pastinya lama kelamaan korang akan lupa untuk merokok.

Minum air kosong dengan banyak. Saya mengamalkan meminum air kosong dengan banyak apabila rasa ketagihan ingin merokok. Mengikut kajian, air kosong adalah penawar pelbagai jenis penyakit. Amalan meminum air kosong juga membantu korang mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi saya sarankan apabila setiap kali korang rasa ingin merokok minumlah air kosong dan selepas itu basuh muka anda.Pastinya ia akan mengurangkan rasa keinginan merokok anda.

Yang terakhir apa yang saya lakukan adalah dengan mengunyah sesuatu seperti mengunyah gula-gula getah bila setiap kali rasa ingin merokok. Saya harap apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat juga menbantu korang untuk berhenti merokok.

p/s: setkan target untuk tidak menghisap rokok selama sehari, jika berjaya teruskan untuk hari yang kedua, jika berjaya juga teruskan untuk hari yang ketiga dan seterusnya. Targetkan pula untuk seminggu, sebulan dan seterusnya….


Apa yang penting keazaman korang untuk berhenti merokok. Jika korang tidak sedikit pun menpunyai niat untuk berhenti maka tiada gunanya korang amalkan apa yang saya amalkan. Kesimpulanya saya harap korang dapat mengamalkan teknik ringkas dibawah ini:
Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan

  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang

  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air

  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri

  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri

  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri

  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu

  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot

  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

12. Memohon doa

  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.

Benda yang baik harus dikongsikan.. Jadi klik “ Like & Share

Feb 172011
 

( untuk lelaki sahaja ) Apa yang paling bosan dan tension ialah bila ramai  yang beratur nak masuk dan nak  keluarkan duit kat mesin ATM. Tapi aku rasa orang tak akan tension bila ada orang yang macam nie..Hehehe.. silap-silap boleh tergugat iman..

Mesti korang akan pergi bank atau ke mesin ATM selalu walaupun bukan berurusan dengan pihak bank lepas nie…:)

Feb 142011
 

Bersempena dengan hari keputeraan Baginda , Nabi Muhammad SAW , marilah sama-sama kita berselawat  keatas nabi junjungan kita. Semoga berselawat itu memberikan ketenangan hati kepda kita.

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

  • Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nesc aya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riw aya t Muslim.)
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali se hari , insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali se hari , insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali se hari , Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
  • Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  • Berselawat 33 kali se hari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu seperti air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dalam satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.

Wallahu a’lam.

Sama-samalah kita berkongsi pada rakan-rakan. “Sampaikanlahwalau hanya satu ayat,” demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. :)

Feb 112011
 

Mungkin ramai antara anda  sudah bosan dengan kerja atau tempat kerja sekarang. Mungkin juga faktor gaji menjadi topik utama di benak fikiran setiap masa. Mungkin gaji yang anda terima sekarang terlalu rendah atau pun anda telah menerima tawaran gaji yang tinggi di tempat lain. Jadi sebelum korang bertidak dan membuat keputusan, saya berikan 5 tips yang mungkin berguna sebelum anda berhenti kerja.

:: Meneliti masalah yang dihadapi

Pastinya anda boleh senaraikan seberapa  banyak masalah yang anda hadapi . Anda boleh membuat senarai semak sendiri adakah masalah anda itu disebabkan faktor gaji yang tidak setimpal dengan apa yang anda lakukan ?. Adakah masalah suasana tempat kerja anda terlalu membosankan ?. Mungkin juga anda pekerjaan anda sekarang tidak sama dengan bidang yang anda inginkan ?. Apapun alasan anda apa yang  dilakukan sekarang adalah menyenaraikan kesemua masalah yang anda hadapi.

Buat senarai semak satu persatu. Selebihnya kaji faktor utama yang menjadi punca permasalahan anda itu.

:: Kerja yang ideal dengan minat anda

Cuba cari kerja yang sesuai dengan minat atau bidang anda. Pastikan apa yang anda inginkan itu bersesuaian dengan taraf pendidikan anda. Jangan mengharapkan gaji yang terlalu tinggi sedangkan taraf pendidikan anda tidak bersesuaian dengan kerja yang anda inginkan. Biarlah kerja tersebut betul-betul kena dengan minat anda dan anda perlu berusaha untuk memajukan diri didalam pekerjaan itu.

:: Apa yang anda inginkan

Seharusnya anda perlu mencari apa yang sepatutnya yang anda inginkan didalam sesuatu pekerjaan itu. Apa yang anda mahu.Jika anda menerima tawaran gaji yang tinggi, seharusnya anda memikirkan pula faktor kewangan bagi kos sara hidup anda ditempat yang baru nanti. Andai kata kos sara hidup ditempat baru anda itu tinggi, maka lupakan niat anda untuk berhenti kerja buat seketika.

:: Perancangan itu penting

Bertindak mengikut apa yang anda rancangkan. Jangan lakukan sesuatu yang anda rasa tidak patut dilakukan. Cari jalan keluar yang sebaik-baiknya. Fikir semasak-masaknya  sebelum sesuatu keputusan muktamat itu diputuskan. Seeloknya kaji dahulu tawaran baru yang anda terima. Selidik  latar belakang syarikat. Sebagai contoh, adakah syarikat yang anda ingin sertai itu kukuh ?. Pertimbangkan dengan baik segala keputusan anda yang (menerima tawaran baru atau memilih untuk tetap berhenti kerja) pasti tidak akan anda sesali.

:: Matlamat anda

Akhir sekali, jika anda punyai matlamat dan usaha untuk terus maju kehadapan, mungkin telah tiba masanya untuk anda beralih angin di tempat kerja yang baru, suasana yang baru. Jangan keputusan yang anda buat sekarang akan memakan diri anda sendiri jika anda tidak menetapkan matlamat hidup anda.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga ia dapat membantu anda untuk membuat sebarang keputusan. Kalau suka klik ” like “. Nak share untuk kawan-kawan yang memerlukan pun boleh…hehe.. Peace2!

Feb 072011
 

Mari rapat-rapat nak story sikit. Apakah keistimewaan buah betik ini untuk lelaki ?

Selain limau, buah betik juga sememangnya kaya dengan vitamin C. Ia merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Apa kelebihan buah betik ini untuk lelaki ?. Buah Betik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.

Apa yang menyebabkan ketidaksuburan sperma adalah kekuranganya vitamin C didalam badan. Oleh itu langkah yang terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan memakan buah betik setiap hari.

Mengikut apa yang saya baca, pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat diperlukan oleh lelaki dewasa.

Jadi mulai sekarang sesiapa yang rasa diri dia lelaki bolehlah mengamalkan perngambilan buah betik ini setiap hari bagi meningkatkan jumlah sperma dan juga melancarkan proses perkumuhan.. He..he. :)

Sedikit Infio dari WIKIPEDIA

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsiumbesi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

Feb 042011
 

Video ini dah lama saya simpan. Kejadian ini kalau tak silap sekitar 2008 . Tengah dok asyik-asyik godek-godek handphone, terjumpa pula video nie yang saya sendiri rakam. Saya rasa patut dikongsikan pada semua. Alangkah bertuahnya diri ini dapat melihat sendiri tulisan Kalimah Allah ini. Masa ini pun tulisanya hampir-hampir hilang. Saksikan sendiri rakaman selama 13 saat yang amat bermakna bagi saya.  KebesaraNya yang tiada ternilai..

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD