Dec 312010
 

Kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak “berperang” dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.

Walaubagaimanapun saya akan memberitahu cara dan kaedah yang betul untuk  untuk menaip secara pantas dan betul. Sebelum itu pastikan kedudukan posture badan korang berada pada kedudukan yang betul. Sila rujuk  gambar dibawah : Dengan kedudukan yang betul korang  manpu mengelak sakit belakang. Pastikan juga korang  berada dalm keadaan rileks. Untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas tidaklah sesukar yang disangka. Ia hanya memerlukan kesabaran dan sedikit latihan yang berterusan. Ingat bahawa matlamat kita bukanlah untuk menjadi penaip yang terpantas di dunia, sebaliknya cukuplah sekadar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa perlu melihat keyboard. Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memulakan latihan menaip dengan pantas. 1. Belajar kedudukan jari yang betul pada keyboard

  • Berhenti daripada menaip dengan satu, dua, tiga atau empat jari sebaliknya gunakan kesemua jari tangan yang korang ada. Teknik ini dikenali sebagai touch typing. Panduan seperti gambar di bawah.

  • Kalau korang perasan pada huruf F dan J di keyboard ada garisan timbul kan? Itu adalah panduan untuk korang letakkan jari jemari korang pada home keys yang betul. Ibu jari hanya digunakan untuk menekan space barsahaja. Saya pula lebih suka meletakkan jari pada home keys secara separa terapung iaitu sentuh sedikit sahajakey tersebut dengan hujung jari.
  • Pada QWERTY keyboard yang biasa kita gunakan home keys ialah “asdfjkl;”
  • Fungsi home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Berlatih menaip tanpa melihat keyboard

  • Setelah tahu kedudukan home keys dan pergerakan setiap jari yang betul. Berlatih untuk menaip secara drilling tanpa melihat keyboard. Mata hanya tertumpu pada huruf-huruf yang muncul pada skrin bukannya padakeyboard. Untuk mahir korang hanya perlu buat latihan dan ulangan secara sangat kerap pada peringkat awal.
  • Ingat bahawa teknik touch typing tidak melibatkan penglihatan untuk mencari huruf-huruf dan aksara padakeyboard sebaliknya ingatan secara spontan pada pergerakan jari.
  • Jadi masa berlatih jangan tengok keyboard langsung.

3. Tumpukan kepada ketepatan (accuracy) perkataan dan bukan kepada kepantasan (speed)

  • Antara faktor utama yang membuatkan anda menaip tidak pantas ialah kecenderungan untuk membetulkan kesilapan menaip dengan segera semasa berlatih.
  • Seharusnya semasa latihan tumpuan harus diberikan kepada ketepatan (accuracy) dan bukannya pada kelajuan (speed) namun sekiranya terdapat kesalahan, biarkan kesalahan tersebut dan teruskan menaip. Apabila korang hanya cenderung untuk menaip pantas pada peringkat awal, percayalah bahawa korang hanya akan membuat lebih banya kesilapan.

Kaedah terbaik yang menyumbang ke arah kejayaan korang menguasai kemahiran menaip dengan pantas ini adalah melalui latihan yang sangat kerap bermula dengan berlatih home keys terlebih dahulu. Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang mampu menaip dengan pantas meskipun tanpa menggunakan kesemua jari bahkan mungkin hanya menggunakan kedua-dua jari telunjuk sahaja. Jadi sekiranya korang sudah selesa dengan teknik korang itu terserahlah pada kehendak masing-masing.

Lama kelamaan bila korang dah rasa mahir ataupun agak-agak dah mahir dan ingin menguji kepantasan korang untuk mendapatkan ranking secara online, korang boleh uji kepantasan di Malaysian Typing Speed Test dan dapatkan result korang.

Korang kini tidak perlu bersusah payah merancang urutan latihan untuk berlatih menaip kerana  kini sudah terdapat pelbagai software yang menyediakan modul untuk menaip secara pantas . Pada post yang akan datang mungkin saya akan berikan software percuma yang saya cadangkan ialah Typing Master Pro. Tunggu post yang akan datang Ok!

Sambungan post ini >>>

[ad#nuffnang]

Dec 302010
 

Tahniah pasukan Harimau Malaya yang telah menjuarai  Piala Suzuki AFF 2010 sehinggakan Garuda telah kehilangan bulunya.

Alhamdulillah..Malaysia berjaya mencatat kemenangan dan berjaya membawa piala AFF suzuki ke Malaysia.


Keputusan Penuh Perlawanan Akhir

Malaysia(3) vs (0)Indonesia – Stadium Bukit Jalil

Malaysia(1) vs (2)Indonesia – Stadium Gelora Bung Karno

Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia 4 Indonesia 2 ( Agreget )

Dec 272010
 

Kamus University English Malay. Databasenya mengandungi 70,000 perkataan didalam. Menggunakan Instant Translation technology. Ia juga menterjemahkan  maksud dan memberikan contoh ayat. Sesuai sangat kalau bebudak yang belajar  guna kamus nie. Apa lagi sedut lah.. Free jer.. Tak payah bayar pun.

Contoh maksud Friendship yang diterjemahkan berserta contoh ayat.

Bila anda dah taip sesuatu perkataan, anda klik butang “ GO ” . Burung hijau akan menyebut perkataan tersebut. Hehe comel kan ? :)

Software nie boleh menggunakan semua sistem operasi serperti  Windows XP , 2000, 98, Me, termasuk juga Vista dan Windows 7.

Kamus University 1.1

File Size : 15.46 MB

:: JoM Sedut ::

[ad#nuffnang]

Dec 262010
 

Betul ker dengan log in Facebook ( FB ) dapat duit ? Aku rasa benda yang macam nie dah lama dah. Berlambak dekat FB gambar-gambar Geng2 log in FB dapat duit. Dulu aku pernah juga kena ” tag ” banyak kali dengan diaorang nie. Asal gambar orang pegang duit banyak-banyak dan berkepuk-kepuk mesti diaorang  ” tag ” nama-nama yang ramai. Termasuklah nama aku yang tak terkecuali kena tempias.

Rasanya program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni nama sebenarnya adalah iRich696 atau pun Infinity Downline. Jika tak silap sayalah Ustaz Zaharuddin pernah mengulas dan memberi penjelasan di blognya tentang ( Status Hukum Skim Infinity Downline @Login Facebook Dapat RM 100 ) nie. Katanya Infinity Downline a.k.a program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ini adalah haram dan ada unsur penipuan & syubhah…Sistem perniagaan & bisnes mereka diragui & bersifatkan money game. Bermakna, produk pun entah ke mana, tapi cakap lebih pasal sistem diorang je yg boleh buat duit ni.

Mungkin program buat duit dengan log in FB nie dah tak lagi relevan pasal ramai dah bijak dan pandai menilai sekarang.

Mereka juga sudah pandai menolak perlawaan Geng2 login FB dapat duit nie, sebab mereka dah naik menyampah dan naik angin setiap kali gambar orang pegang duit banyak-banyak setiap kali itulah nama mereka di ” tag “.

Betul ker yang duit yang dipegang itu duit diaorang sendiri atau pun hanya gimik dari duit gaji jer..hehe :) . Tak pun pinjam dulu duit orang lain. Saja posing dengan duit yang banyak. Lepas tu ” tag ” nama rakan-rakan di FB untuk menarik perhatian.

Hanya yang bijak pandai sahaja dapat menilai dengan akal & fikiran program login FB dapat duit nie halal atau haram. Apa-apa pun hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenaranya. Terserah pada individu seseorang. Lain orang lain cara.:) Betul tak ?

Kalau nak tahu ramai juga yang dah menbenci program login FB dapat duit nie. Jom tengok dekat Facebook fanpage yang  ” band ” benda-benda macam nie .Korang boleh tengok kat sini >MASUK<.

Apa yang penting sekarang korang mesti berhati-hati setiap masa supaya tak tertipu dengan benda-benda yang tak relevan lagi macam nie. Kita perlu mengigatkan sesama insan yang lemah dah mudah alpa bila nampak kemewahan yang orang lain kecapi. Kita juga mudah terikut-ikut sesuatu itu tanpa perlu menyelidik dan membuat research terlebih dahulu.

Rezeki itu datang dariNYA. Kita hanya perlu berusaha lebih kearah kejayaan. Bukan dengan program yang mengarut macam nie.

Apa-apa pun aku nak korang layan dulu video nie…

Sabda Rasulullah S.A.W. ” Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.” (Riwahu At-Tarmizi)

Dec 252010
 

Errmmm apa kenalah dengan kereta Saga BLM nie. Tapi sesuatu yang harus aku kongsikan. :) Setelah aku pakai kereta nie dalam jangka masa 4 bulan rasanya NOT BAD. Dengan janaan enjin Campro 1.3 kira aku dah puas hati dengan prestasinya. Rasanya PROTON dah melakukan perubahan yang terbaik. Jadi tak payahlah aku nak story mory banyak-banyak, kalau korang nak tahu lebih details pasal Saga BLM nie korang boleh jer tengok kat laman web Proton.

[ad#:+: TOP 10 :+:]

Apa yang aku nak share kat sini adalah masa  aku pergi  service kereta aku nie buat kali kedua. Kira free service untuk 5000km. Masa service kali kedua nie aku pergi hantar sendiri kereta nie kat Wakil/Pusat Service EON. Kalau sebelum nie service yang pertama aku suruh adik aku yang hantarkan. Al maklumlah tak ada cuti masa tu..hehe :)

[ad#Churp-2]

Oklah straight to the point, masa aku dah sampai kat pusat service tu, adalah dalam 4 ke 5 biji kereta. sebiji kereta Proton Savvy, sebiji lagi kereta proton wira,  2 biji  Saga BLM dan lagi sebiji Wira A/B. Mata kau cuma tertumpu pasa Saga BLM jer..Hak2

Lepas kereta aku masuk port service aku lepak kat tempat menunggu. Tapi aku tak masuk pun kat dalam bilik aircorn. Aku lepak kat luar jer sambil-sambil selak KOSMO!. So sekarang termasuk kereta aku dah 3 biji Saga BLM kat tempat service tu.

Nak dijadikan cerita masa tengah dok baca paper tu adalah sorang brader yang lepak sama dengan aku. Brader tu pun tegur la aku. ” service kereta ker?..” aku pun jawab la “ha,ah..”  dia tanya aku lagi. “kereta BLM ker..? “. aku cakap la ” ha’ah.saga BLM ”

……aku shortkan sikit perbualan aku ngan brader tadi

” tengok tu, BLM jer dah 3 biji, nie masuk sebiji lagi. ” Ape lagi aku terus  SNAP pakai kamera handphone aku.

Tak la pelik sangat sebab mungkin diaorang pun nak service kereta. Tapi skodeng punya skodeng, risik punya risik, rupa-rupanya ada masalah lain. Saga yang pertama masalah gear box. Terus aku tengok no.plate. Baru lagi rasanya dalam setahun lebih tapi dah ada masalah dengan gearbox.

Kereta Saga BLM yang kedua masalah steering. Tapi aku tak tanya pula mekanik tu masalah yang macam mana. Saga blm yang ketiga pula brader tu punya  masalah spring pada gear. Tak tahu pula spring yang mana satu coz aku just borak gitu-gitu jer dengan brader tu. Itu baru kat pusat service yang aku pergi. Tempat lain aku tak tahu pula macam mana. Mungkin lagi banyak problem kot.:)

[ad#Churp-3]
[ad#Churp Runner]

biasalah, kereta proton. Macam-macam hal..” haha tergelak hati aku. Sememangnya ada betulnya cakap brader tadi tu. Aku pun mungkin akan cakap benda yang sama. Taklah aku nak kondemkan kereta keluaran PROTON ni, tetapi mengikut pengamatan memang sepatutnya pengeluar perlu mementingkan kualiti daripada kuantiti. Bukan buat cincai-cincai jer tapi kualiti lansung tak jaga. Nak tak nak aku pakai jerlah..
[ad#Churp-4]
[ad]

Dec 252010
 

Mulai Januari 2010, Kerajaan Selangor telah melaksanakan satu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap sabtu. Sama-samalah kita menyokong hari tanpa beg plastik ini demi menyelamatkan bumi dan alam sekitar..

Dunia kelemasan dalam timbunan PLASTIK!

Tahukah anda ?

  • Sehelai beg plastik mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk diuraikan
  • Secara purata seseorang individu menggunakan 8 helai beg plastik seminggu
  • Pengeluaran, pembuangan dan penguraian beg plastik juga menberi kesan kepada pemanasan global
  • Bandar Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama didunia bebas dari beg plastik di Eropah

*sumber : Berita BBC

Tip-tip mengurangkan penggunaan beg plastik

  • Bawalah beg sendiri ketika pergi membeli belah
  • Rancang pembelian, elakkan pembelian barangan yang tidak perlu
  • Kitar semula beg plastik secara kreatif
  • Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang
  • sokong dan bantu Program Kitar semula

cinoscaraku.com menyokong sepenuhnya usaha untuk menggurangkan penggunaan beg plastik. Anda bagaimana ?

SELAMATKAN BUMI KITA

bersama kita menjayakan ” HARI TANPA BEG PLASTIK “

pada setiap HARI SABTU

mulai 1 JANUARI 2010

Dec 242010
 

Jom resizekan gambar anda dengan cepat dan mudah. Dapatkanya sebelum terlambat

Langkah 1

Continue reading »

Dec 102010
 

Tips macam maner nak buat windows korang bila on computer jer terus on laju. Kiranya tak ada running application in background la. Wah! speaking skit. Bolehlakan aku rojak2 sikit bahasa nie.

Apa sebenarnya yang terjadi menyebabkan windows korang lembab sangat nak start. Ini disebabkan banyak sangat application atau software yang running tanpa anda sedari. Macam maner nak buat ? Saya akan tunjukkan disini.

  • Mula-mula sekali korang pergi kat button START. Lepas tu korang cari application RUN. Klik Run tadi dan keluar gambar seperti dibawah ini :

  • Kemudian anda taip perkataan “ msconfig ” dan klik OK. Kemudian akan keluar gambar seperti dibawah ini :

  • Pilih TAB startup. Kemudian anda boleh pilih sendiri application yang mana tidak diperlukan semasa proses windows start dengan membuang tanda klik pada kotak tersebut. Seterusnya tekan OK. Kemudian restart semula computer anda.

Anda akan tengok perubahan tersebut. Selamat mencuba!

Dec 082010
 

Lalat Oh lalat! Siapa pernah tengok kejadian macam nie?..

Lensa camera cinos tak terlepas dari aksi ini. Errmmm.. boleh tahan. Walaweh!..ini dah kira baik!

 Posted by at 12:08 AM
Dec 072010
 

Akhirnya….

Assalamualaikum kepada anda semua…

Saya di cinoscaraku.com ingin mengalu-alukan kedatangan anda disini. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada rakan2 seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi sokongan untuk melahirkan sebuah blog.com sendiri dan tidak lupa pada insan yang telah banyak mengajar dan memberi idea- idea bernas mengenai seni grafik design iaitu Leoshahzips. TQ :)
Terima Kasih yang tak terhingga kepada anda semua maka lahirlah bolg yang diberi nama cinoscaraku.com. Nantikan post-post terkini dengan pelbagai topik yang menarik yang menjanjikan kepuasan kepada anda..

Saya juga bebesar hati untuk mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan anda.

Emailkan cadangan atau pendapat anda di admin@cinoscaraku.com

Salam Iklas dari saya,

CiNOS

cinoscaraku.com

 Posted by at 12:14 AM
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD